Wednesday, April 28, 2010

Warning : especially for girls :)

Hey hey hey~ nampaknya sudahh lama saya tidak meng-update ini blog. pasti anda ternanti-nanti kannn? (angguk-angguk) haaa, tuh angguk2 tuhh. alololowhh~ bukan apa yeaa anda-anda, saya tidak mempunyai masa yang terluang ketika ini sehingga lah hari jumaat! :D lepas tuh, yeayyyy! masa saya sangat free! :D

entri pada kali ini saya ini memberi sedikit pendapat/pandangan/nasihat kot kepada sesiapa yang nak menerima la kan, yang xnak tuhh sudahhh. diam-diam jea jangan kecoh-kecohh okie :D ini adalah cerita dunia realiti :) jadi secara ringkas sahaja saya akan ceritakan.

okayh, anda-anda di luar sana khususnya kaum wanita , yes, gegirl, ladies and gadis. bukan untuk ladyboy or what-so-ever yang jantinanya tidak di kenal pasti. :) jika anda kaum2 perempuan, saya ulangi perempuan pernah menerima sebarang ugutan dari kaum lelaki. jup lelaki ke, ladyboy ke, atau perempuan yang lain ke, saya menasihati anda agar membuat laporan polis :) ini adalah untuk mem-protect diri anda di masa akan dtg. mcm kata kan ugutan itu berlaku, then orang yang meng-ugut
(org yang konon2 gangster kampung dusun tuhh) membuat sesuatu pada anda, yes, anda boleh terus menghubungi polis dan polis akan terus menangkap orang tersebut kerana anda dah pernah buat report terhadap beliau. itu adalah kebaikannya even macam anda xtakut ke dgn ugutan dari mungken gangster kampung dusun itu, namun ia penting untuk membuat report polis. kebaikan yang ke-2, jika sesuatu terjadi seperti pergelutan, dan anda mencederakan org yang meng-ugut anda tuh.. xpun terbunuh org tuh, anda di kira memprotect diri anda dr org tersebut. jadi, anda tidak bersalah sekiranya itu berlaku :)

anda pasti ter-tanya2 mengapa saya post entri sebegini. yelah, kita sebagai kaum perempuan, yea saya ulangi PEREMPUAN, walaupun di anggap sebagai orang yang lemah konon2nya kalau nak di bandingkan dengan lelaki, tetapi terdapat lelaki yang seperti tidak begitu lelaki, anda faham maksud saya? lelaki yang nak mencari pasal dengan perempuan, macam xde otak kan nak cari orang utk bergaduh, dengan perempuan gak dia nak gaduh? hakk tuihh!~ itu adalah pengecut! :D dia tidak mencari orang yang sama jantina dgn dia kerana dia tahu kelemahan dia, walaupun begitu, kita sebagai kaum perempuan jangan kalahh dengan kaum yang tidak begitu pasti dengan jantina dia nihh. jika di tanya kepada mana2 lelaki , yess, mana2 lelaki yang betul2 lelaki, kalau yang lembut2 punn akan berkata " lelaki yang gaduh/ugut/memukul perempuan adalah orang yang bukan sebenarnya lelaki. dia hanya nak menunjukkan dia konon2 lelaki dengan bergaduh/memukul/ sebagainya dgn wanita/perempuan/gegirl sebab kalau dia gaduh/berpukul-pukulan dgn lelaki tentu2 lah dia kalahh :D" --- hmm, betul jugaaa itu,kata saya di dalam hati.

selain itu yea kawan-kawan, kawan lelaki saya berkata lagi, lelaki yang sebenar adalah lelaki yang tidak begitu mengambil kesah jika perempuan membuat hal, maksudnya macam okayh, kalau perempuan itu buat hal, cara yang terbaek adalah dengan menegur beliau . yes, menegur. kalau lelaki yang maen serang jeaa cm pompuan yang laki dia kena rampas ngan pompuan lain tuh, maka jangan lah mengelarkan beliau lelaki. xseswaii gitu :D

dunia sekarang penuh dengan aktiviti jenayah yang kita sendiri tidak menjangka. pernahkah anda menyaksikan cerita The Crazier yang baru2 ini terdapat di pawagam, mari saya ringkaskan serba sedikit mengenai cerita tersebut. Cite ni tentang penduduk di satu kawasan yang terjebak dengan satu wabak pencemaran akibat meminum air dari sumber yang tercemar. Akibat dari meminum air tersebut, virus memasuki system badan dia dan akan menyebabkan kewarasan orang tuh hilang, maka, orang tuh akan menjadi ganas dan membunuh orang2 yang terdekat mahupun terjauh. hahahah~ jadi, moral of the story, sesiapa juga boleh hilang kewarasan. termasuk saya :D <--- asal aku senyum begini? hahaha~ okayh2 serius :| hmm, jadi fikir-fikir kan la .

pada lelaki2 di luar sana, apa pendapat anda? betul x apa yang saya katakan ni? :D


-the end-

Sunday, April 18, 2010

No more sleeping beauty (╯▽╰)

ouh why? mengapa? kenapa? di sini, ketika ini dan saat ini, sedang saya kebosanan bertungkus lumus menyiapkan long cases saya, saya ingin memaklumkan (waahh~ ala-ala membuat announcement raya gitu) bahawa tiada lagi tido yang panjang untuk diri saya.. wuuuuU~(╥_╥) mengapa? hint seperti di atas tuhhh. saya perlu menyiapkan kerja-kerja pembaikan lebuh raya . de~ kau ingat aku menteri kerja raya apa? yes, saya mmg sangat concern tentang jalan raya, tidak tahu mengapa. kalau naik kete kan, nampak jalan cam xsama besar ke, jalan berlubang ke, line putus2 macam ada samar-samar ke, lampu jalan xde ke, mesti saya berfikir panjang akan permasalahan tersebut. macam lahh saya ni boleh berbuat apa-apa kan tentang sume masalah tuhh. memang. saya tahu saya berbakat mungkin menjadi menteri kerja raya! hahaha~ serious, kalau saya menjadi menteri kerja raya, mmg tol akan di kurangkan kott :D suka x korang? hahahahah~ suka la tuhh kan? tahu da. jup. macam terpesong banyak da nih.. okayh, get back into the topic plisss~ okayh, apakah masalahnya saya sudah tidak dapat tido panjang seperti dahulu kala sehingga mencecah 15 jam sehari? apakah puncanya saya tidak dapat tido sekurang-kurangnya 12 jam sehari? mengapa? ala, saya ulangi yea.. sebabbbb saya perlu menyiapkan kerja membuat long case. yea la, sempena abes praktikal ni kannn.hmmm.. (bukan kerja-raya :D tidak mahu terpesong suda) jadi anda tidak tertanya-tanya ke bagaimana saya dapat meninggalkan tabiat tersebut dengan begitu mudah? petik jari jeaa beb! hahahaa~ mari saya berkongsi dengan anda! dulu, memang sukar sekali saya meninggalkan tabiat tido lama ni.. yea, sangat sukar even masa exam tengah study2 punn nk tido jeaa keje kannn. tapi.. sekarangg.. haaa. saya mengguna sabun tahan mengantuk! :D weyy jangan gelak weyhh.. ini serious okieee!~(─‿‿─) masa kat kelantan dulu saya pernah nampak iklan kat paper pasal sabun ni.. hehehe~ kan zu kan? (zu rakan saya yang menjumpai iklan tuhh) pada mulanya saya tergelak juga lahh. hahah~ yea la kan, kalau pakai sabun tuhh macam mana yang dia bertindak untuk hilangkan rasa ngntuk? de~ saya pun xtahu.. tapi di sini sume persoalan tersebut akan terjawap :D


Sabun tahan mengantuk ini adalah pertama kali ada di Malaysia. Yes, obviously sebab saya pun xpernah dengar pasal sabun ni ^^ ia menggunakan kuasa ion negatif dan sinaran inframerah menggetarkan sel darah anda 2000x seminit. okayh, saya pun xfaham. ni copy paste dari kertas iklan dia. hahaa~ by the way, dengan adanya ion -ve ni, ia menyegarkan anda dan menyebabkan rasa mengantuk tuh hilang! betul ni, saya da cuba. tahan gak la untuk beberapa jam untuk saya terus berjaga menyiapkan long case ni :D
Nama glamour sabun ni, sabun karbon aqura. dia sebenarnya bukan jeaa boleh buat kite x mengantuk, malah yea anda anda sekali, dia ada banyakkkkkkkkk fungsi. (sila kira berapa huruf k yang terlibat, itu menandakan fungsi2 sabun ini :D x percaya? mari saya senarai kan :))

1. mencerahkan kulit dengan lembut . (bagus sangat la nihh, ada ke sabun yang mencerah secara kasar? haha~)


2.menghilangkan kegatalan dan bau badan (elokk sangat la pada anda anda yang macam gatal. maksud saya bukan miang, yea, miang ya tuhh lahh. hahaha~ gatal di sini seperti bila kita kena gigit nyamuk yeaa. selain itu, bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan, elok la guna sabun ni. saya yakin anda akan menjadi tidak berbau da selepas itu. ye ke? ntah. cubalah :D)

3.menyegarkan untuk jangka masa panjang (ni macam maksud dia menahan dari rasa mengantuk, mmg berkesan! ngeee~)


4.menghilangkan jerawat (ohh, jerawat adalah musuh utama kita semua. betul x? siapa yang menganggap jerawat adalah bestfriend dia? kau memang gila! jadi, sabun ni juga boleh menghilangkan jerawat. untuk memiliki kulit yang cantik seperti saya, guna la sabun nihh [tetiba kott, masuk bakul angkat sendiri, sbb org lain xlarat nk angkat] ) note: sblm guna sabun nih, kulit saya mmg sudah sedia begini. jadi saya xdapat bezakan kesan sebelum dan selepas :D

5.melambatkan proses penuaan (tahu kah anda 7 tanda lanjut usia? tidak tahu? perlukah saya nyatakan ketujuh-tujuhnya di sini? de~ nnty makin pnjg jadinya entri ni. at the end of this entri, saya akan bgtahu! tungguuuuu~)


6.pencuci bebas klorin . (yea, dia bebas dr klorin yang mampu merosakkan kulit anda jika mengandungi klorin yeaa.)

7.mampu menghilangkan eczema.
note: tahukah anda apa itu eczema. eczema adalah penyakit genetik yang melibatkan kegatalan kulit yang selalunya terdapat pada mereka yang mempunyai family history of asthma. jadi, keberkesanan sabun ini menghilangkan eczema saya tidak begitu pasti, namun tidak rugi jika anda mencuba kann? :)

8.anti keradangan. anti keradangan di sini mungkin bermaksud, jika anda mempunyai sebarang keradangan/ irritation contohnya sunburn la kan, sabun ini boleh mengurangkan kesan sunburn tersebut.

9. membunuh kuman. selepas seharian anda bermandi peluh, khususnya lepas bersukan pasti kuman-kuman sedang ber-belly dance di badan anda yang berpeluh itu. jadi, sabun ni mampu membunuh kuman tersebut yang bergitu galak menari tuh kann. memang bagus lahh.



okayh, tuh sume fungsi2 sabun nihh. banyak sangat okayh dia punya kelebihan. jadi, untuk mengetahui lebih lanjut, sila lah ke http://sziron.blogspot.com


heh. beliau adalah ibu saya yang menjadi dealer kepada produk ni. jadi, apa-apa info click jer la link apa yang patut yang ada kat blog dia tuh okayhh? :)




ps: eyh, td saya ada janji nak bgtahu 7 tanda lanjut usia ey? heh. lain kali la okayhh. nantikan di entri akan datang. ni janji manis ku :P

Tuesday, April 13, 2010

Perempuan simpanan

Mistress; a woman who has a continuing, extramarital sexual relationship with one man, esp. a man who, in return for an exclusive and continuing liaison, provides her with financial support. a slave.

ohh i like the slave part :P

Tahukah anda apa yang di maksudkan dengan perempuan simpanan? Hmm, di sini saya seperti biasa akan membuat spekulasi sendiri mengenai maksud perempuan simpanan tanpa merujuk mana2 kamus dewan :D ini kamus diri saya sendiri. ahaks!

Okayh, pada pendapat saya, perempuan simpanan bermaksud macam perempuan yang hanya di perlukan apabila perempuan utama tidak dapat memenuhi apa yang si lelaki (yang tidak reti bersyukur dan menghargai apa yang telah mereka dapat). Ala, saya tahu ayat saya memang agak berbelit, sebab tuh saya menolak minat untuk menjadi seorang pengajar a.k.a cikgu, kerana saya tahu saya memang tidak berbakat dalam menyampaikan apa yang saya ingin sampaikan. Senang cite anda translate kan maksud mistress tuhh. xpunnnnn... dalam erti kata lain la kan. cuba anda bayangkan begini sahaja. perempuan simpanan sama sahaja dengan pemain simpanan. oops~! faham x? ala, pemain simpanan yang duduk di tepi padang sambil berdoa agar mereka dapat menggantikan pemain utama untuk menunjukkan skill2 yang mereka ada. Tanpa menyedari, mereka tidak tahu mengapa mereka hanya di jadikan simpanan bukan yang utama. Sudah tentu lah kerana ada kekurangannya kann? itu bukan niat saya untuk mengupas apa yang kurang atau lebih nya. anda mungkin tertanya2 mengapa saya membuat cerita pasal perempuan simpanan ni? mengapa x buat cite pasal lelaki simpanan juga? a'ha! bernas sangat idea nak cerita pasal lelaki simpanan. haha~ lain kali jea la yea dek nonn pasal lelaki simpanan tuh. i'm now interested nak cite pasal perempuan simpanan sahaja! :)

okayh. seringkali kita mendengar cerita. (mungkin anda tidak selalu, tapi saya selalu.) si polan menggoda laki orang la, si polan menggoda boyfriend orang la. and what so ever. si perempuan simpanan ni hanya di tujukan kepada si perempuan yang mempunyai hubungan sulit dengan lelaki yang secara sah tidak sahnya bukan milik mereka. okayh. (berapa banyak okayh da nih..) hmm, alright, (haha,tuka alright pula :p) tentang si lelaki yang merupakan bf kepada sang gadis ni mempunyai perempuan simpanan, saya tidak begitu peduli sangat. saya lebih berminat si lelaki yang merupakan suami kepada si wanita, mahupun si suami merangkap si bapa kepada si wanita dengan beberapa orang anak mempunyai perempuan simpanan? what the fish? jup, bila baca balik ayat --saya lebih berminat si lelaki yang merupakan suami kepada si wanita, mahupun si suami merangkap si bapa kepada si wanita dengan beberapa orang anak mempunyai perempuan simpanan?-- macam saya berminat kat laki orang pula! wekkk~! tengok, saya tertinggal sepatah dua perkataan di situ. okayh, semula. pembetulan. saya lebih berminat menceritakan tentang si lelaki yang merupakan suami kepada si wanita, mahupun si suami merangkap si bapa kepada si wanita dengan beberapa orang anak mempunyai perempuan simpanan. haa, baru betul kan. ^^

haihhh~kasihan sekali kepada sang isteri dan anak-anak apabila si suami a.k.a bapa mempunyai perempuan simpanan. alright, mari ke tepikan cerita tentang si isteri dan anak2. saya nak cite pasal perempuan simpanan jea. kan da kata tadi.. haihh~ awak jangan nak bagi saya terpesonggg. haaa.

begini la yea. saya sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. hmm.. bagi saya, pada si lelaki yang berumur, yea berumur seperti anda seorang perempuan boleh menggelarkan diri anda sebagai anak kepada si lelaki tuhh la. perempuan simpanan kepada lelaki berumur seperti bapa anda mahupun pak cik anda, perempuan simpanan ini, mereka hanya mahukan kesenangan hidup. faham x? alaaa, kebanyakkan lelaki berumur yang bak kata pepatah rumah kata pergi kubur kata mari ni kan berharta. so, perempuan yang cheap cheap ni hanya mahukan kesenangan sahaja dari orang2 berumur tuh. apa orang panggil? sugar daddy? euww~ yea la, kalau nak di fikir secara logika kan, apa yang menariknya lelaki berumur yang saya ni kott2 boleh gelarkan mereka atuk lagii tuhh. mereka sudah2 tentu la tidak segagah matt damon (wait, matt damon tidak la tua. okayh, mari kita cari orang tua yang gagah)

--di malaysia...seperti tiada, luaskan kawasan ke---

--indonesia-tiada-

--thailand-tiada-

asean-tiada-

mari terus ke europe .. a'ha! ting!~ (ttba ada mentol) bruce willis!

umo dia lebih tua dari bapa saya!

hehe~ minta maaf, saya mungkin tidak mengenali sesiapa yang sebaya bruce willis kat malaysia ni untuk di jadikan contoh. haha!~ bruce willis tuh, sudah lebih dari separuh abad umo dia tapi masih berlakon menjadi hero, kerana mempunyai rupa paras dan susuk tubuh yang gagah. hakhak~ok, kalau bruce willis ada pompuan simpanan xmengapa, saya faham. dia femes, gagah dan kaya. tapi cuba anda bygkan si polan ni. yang kaya sahaja tapi tiada rupa, tidak lah femes malah nak kata gagah tuh, tergagap2 juga lah, apa yang si perempuan cheap cheap nih mahu? tentu tentu lah harta . kalau konon2 kata cinta, si lelaki tua nih memahami, matang and whatsoever alasan yang si perempuan cheap cheap ni bagi, tuh adalah sebab ke beberapa belas. ntah. sebab utama , kedua , ketiga dan keseterusnya adalah kerana wang! lihat sahaja dari mana kebanyakkan asal usul perempuan cheap cheap ni, sudah tentu di kawasan yang menyebabkan jika dia terbuka dengan segala2 kebendaan duniawi, mampu menyebabkan dia culture shock. itu nak ini nak. kesemuanya memerlukan wang bukan? jadi, si tua kerepot ini sahaja la yang mampu tergoda dengan layanan perempuan cheap cheap ni lalu menaburkan wang ringgit. ohh, tidak ubah seperti pelacur, namun ini pelacur kelas atasan kerana pelanggan dia sorang jea, bukan sebarangan orang kan.


alright, tuh pasal lelaki yang tua-tua berharta, yea la da perempuan cheap-cheap bagi, tak kan lelaki nak menolak kan? jika di ceritakan tentang yang tidak berapa nak berharta tuh pula bagaimana? sudah tentu2 la lelaki tuh tidak sedar diri. ala, dia mesti menggunakan harta bini dia, kalau x harta bini dia pun sudah tentu wang simpanan untuk masa depan anak2 dia. haihhhh~ hebat kan kuasa perempuan simpanan tuhh? yea la, xbulih salahkan perempuan sahaja, lelaki pun salah. orang kata kalau tepuk sebelah tgn xkan berbunyi kannn? tp perempuan tuh sendiri x fikir ke naseb perempuan yang satu lagi, si isteri tuhh? kenapa mereka fikirkan tentang diri sendiri jeaa? padahal banyak lagi lelaki single yang hott-hott kat luar sana tuh, laki orang juga yang kau kejar kan. mungkin sebab lelaki2 hott-hott tuh x pandang diaorang yang cheap cheap nih kott, hanya orang yang da nak expired jeaa la yang pandang mereka. ahaks!~ :P

hmm, selain dari lelaki2 tua ni, lelaki pertengahan nak menjadi tua punn tidak kurang hebat nya, mahu juga mempunyai perempuan simpanan, macam trend pula kan. hahaa~macam konon2 asset pula. perempuan simpanan yang mengejar lelaki2 khususnya suami orang yang bukan dalam kategori tua, kira adult la okie not elderly :p ngeh~ ha, perempuan begini mmg memandang rupa juga, dan mungkin kematangan lelaki tersebut. bonus! jika lelaki tuh adalah orang kaya!~ walaupun begitu, sila ingat perempuan simpanan akan kekal menjadi simpanan. yeaa, hanya di gunakan bila perlu. kalau x perlu, simpannnn jea :D itu la nama dia perempuan simpanan. jadi, para isteri-isteri mungkin memang mudah untuk saya katakan ini, anda tidak perlu tergugat dengan perempuan simpanan yang cheap cheap tuhh. kerana kelas anda lebih tinggi dari mereka. jadi,sila abaikan perempuan simpanan yang hanya akan terus menjadi simpanan.. mereka hanya akan bernasib baik jika suami anda mahu mengahwini beliau. itu pun menjadi yang ke-2, ke-3 atau ke-4 mungkin lebih dari tuh. erk, boleh ke? :P just remember that u r number 1 with ur own high class status ;) wahhh~ saya menjadi pembela nasib wanita teranaiya dengan sikap lelaki yang tidak reti bersyukur dengan apa yang mereka ada ke? haha~ jeng jeng jeng.. jika anda di cerai kan, itu lebih bagus! lelaki tersebut bukan orang yang baik untuk anda kerana anda deserved yanggg TERBAIK! betul ni.. xtipu. kalau setakat lelaki lupa diri tuh, cehhh~ bersepahhhh. jadi anda memerlukan orang yang exclusive yang xbersepah maksud saya :) hee~

pasti anda tertanya-tanya mengapa secara tetiba saya post entri sebegini? haa! senang sahaja jawapan itu. siang tadi saya tengok siri ulangan awan dania. kesian si mak cik ni mengekori suami dia yang konon2 outstation kata ada meeting, tapi rupa2nya berfoya-foya dengan perempuan simpanan. ish3~ kesian mak cik tuhh. tuh yang saya ttba nak cite kat sini.. lepas ni saya akan cerita ttg perempuan yang suka nak menjadi orang ke-3 dalam perhubungan kekasih pula yea ;)

okayh la tuhh, alangkah bagusnya kalau la tesis saya dapat menaip sebanyak ni. hahaa~ adehhh -_-' tesis.. tesiss..


THE END
There was an error in this gadget