Saturday, March 21, 2015

Housemanship

Assalamualaikum rakan rakan dan silent readers :P hihihi! 

Apa khabar kalian semua? Hari ini ya, saya secara tiba tiba entah mengapa adrenaline melonjak rasa mahu membuat satu entri baru. *cough* ehem, saya sebenarnya tak sihat ni. Ala, demam biasa jea. virus ni saja je nak hinggap sebentar setelah lama tak demam kan. Rasanya sejak mendirikan rumah tangga, ini kali pertama demam (nasib baik si suami berada di sisi) Tolong suapkan ubat, masak kan bubur. Eyh, mmg mengada sgt.. Sampai bila da nak baik demam ni dlm hati berkata "ala, nak demam lagi" . Mengada kan? 

Jadi ya, sebenarnya niat utk buat entri baru bkn nak menceritakan ke-sweet-an suami saya. Ahaks! Tapi, nak memberitahu bahawa saya telah dpt placement utk housemanship! Wehee~ Seronok sgt tauuu~ Mana x nya, sejak lps exam tahun lepas bulan hujung bulan September 2014, hidup saya adalah sgt tidak productive. Haha, walaupun ada berjalan kesana kesini, tapi mcm xlengkap.. Yelahh, da belajar lama lama pastu xkeje2.. Sungguh saya tak mampu jika di minta utk menjadi housewife. (eyh, kenapa mcm lagu dangdut? sungguh ku takk mampu.. menahan rindu.. ah ahh) Teehee, setiap hari (mcm tade la setiap hari sgt pun, metafora je) saya mengadu domba kebosanan dkt sang suami.. Walaupun, ada la buat keje umah seperti memasak, mengemas etc. tapi mcm tak bolehh la rasanya duduk rumah. Saya tabik kepada para-para surirumah tangga diluar sana. Saya hampir hampir rasa nak pergi jumpa psychiatrist akibat stress kebosanan (haha, ni tipu!) tapi serious saya stress sbb bosan.. Sampai da berangan siapkan baju nak start keje nanti kau. Gila tak tahap kebosanan saya tu cane. Nak pergi holiday, sang suami ni berkerja yang tak boleh mintak cuti sesuka hati, like everytime dia minta annual leave kena reject! Huuuu~ T.T Pastu keje dia bukan mcm everyday lepas blk keje dia balik umah, mcm dlm seminggu tuh 3-4 hari keje, 1-2 hari off.. 3-4 hari keje mmg xjumpa okay. Kalau keje office 5 hari keje, setiap hari blk umah.. ni.... T.T tapii, tu la, demi mencari bersuap suap nasi. Haha, tgk perut memasing *krik krik krik*

Jadi, back to the point.. Kat mana yaaaa hospital yang bakal saya mengerah segala kudrat yang ada utk berkhidmat utk agamaa, bangsa dan negara.. wah kau, over! jeng jeng jengg.. saja nak bagi nervous sikit. Hikhik, masa nk check kat mna placement ni pun saya nervous gila okay. Lagi nervous masa tggu result MBBS aritu. Ntah kenapa goosebump tiba tiba. Actually mcm ni, diorg kata result nak tahu placement tuh tahu 16th March. So mcm mmg xtido lena laa 15th March tuu. Dlm sudut hati ni, berkata *ntah ya ntah tak result esok* then, pada hari terbabit, 16th March, pagi pagi lagi like 8am plus plus gitu ada msg from my classmate masa blaja dulu.. Dia kata kat website tak keluar lagi.. So i was like sleepy gila sbb tido mcm lena tak lena.. pun tido la sebentar.. Then, 2-3 hours later ada msg lagi kata nama kiteorg dah hantar kat IT department, so either today or tomorrow baru boleh check (16th / 17th March) Kagum gila saya dgn kawan saya tu. She is my girlfriend! Miss Lalitha, mmg bagus gila la dia siap call KKM sume. Then, after few hours ada lagi msg kata da boleh check. Masa dpt msg tu, saya baru keluar dari toilet.. Dapat bayangkan x kesejukkan air bercampur dgn rasa nervous da boleh check placement cane?? Haa, menggeletar tgn okay pegang phone. Takud nak check, tapi nak tahu.. Cane?? Haa, kena la gagah kan hati ni.. Check punya check! Fuhhhhh!!  dapat HKL siottt! Tak minta punnn. Tapi di sudut hati yang mmg ada berkata "kalau dpt HKL okay juga dkt dgn umah family,, kihkih.." Alhamdulillah.. Lega sgt! Sebenarnya saya minta Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sbgai pilihan pertama, Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya seterusnya. Tapi dpt HKL. Mungkin ada hikmahnya.. Hee, Tapi saya ttp happy. My husband pun happy. Dia sibuk duk tanya apa perasan bila dpt HKL bagai, padahal dia terlampau happy sbb tak yah fikir nak kena siapkan rumah kat bandar enstek tu cepat cepat. Hiihi..  Saya pun happy juga sbb ramai rakan rakan di tempat kan di tempat yg sana! Yay! Ayuh memeriahkan HKL, kalau stress keje kite stress sama sama okay, nangis sama sama, happy sama sama. Seronotnyaaaaaa~~ ^^




Tada! Abaikan kesalahan ejaan nama. Amirah jadi Imarah okay. Mmg I marah juga masa tgk nama salah. Tapi di sebab kan I happy, I tak kisah la. Haha!



Sekian terima kasih.

Thursday, March 5, 2015

Cita cita

Assalamualaikum dan salam sejahtera! :)

Hari ini sejajar dengan keputusan SPM yang baru keluar dua hari lepas saya nak buat entri baru mengenai cita cita. Sebenarnya sebelum keputusan SPM keluar lagi saya da ada idea untuk buat entri ni. Cuma tak kesampaian jea sebab "busy" la konon. Hihi.

Rasanya tak terlalu lambat untuk saya ucapkan tahniah kepada adik adik yang baru ambil keputusan SPM atas keputusan yang cemerlang, dan kepada mereka yang lulus. Kepada adik adik yang results tak berapa nak hokayy, jangan risau.. bak kata seorang mak cik ni yang baru baru ni keluar dlm tv, SPM bukan lah satu permulaan atau pengakhiran untuk kita berjaya. (haa, lebih kurang camtu bunyi dia) Saya setuju sangat! 

Hokay, tak mo la duk cite menjelaa kat introduction.. kang bosan pula baca pnjg2 tade isi.. Jadi, ayuh kite mulakann...

Hmm, masih ingat kah kalian masa darjah satu dahulu?? memang wajib cikgu akan tanya cita cita kite kann? pastu ntah bape byk kali asyik nak kena tulis cita cita tu.. dalam report card la, dlm borang apa-ntah-tak-ingat-sudah laa, dan masa dlm kelas pun cikgu duk tnya jugak pasal cita cita kitaa. saya masih ingat lagi top 3 cita cita saya masa darjah satu.. (hihi. malu laa pulaaa...) masa tu cita cita saya yang saya pun tak faham sangat kenapa, adalah doktor, polis dan peguam.  dan setiap tahun cita cita saya berubah.. bila da besar sikit nak jadi model, pelakon dan penyanyi.. pastu besar lagi sikit tukar balik jadi doktor balik.. bila da masuk sekolah menengah, saya yang minat gila dgn uniform tukar lagi cita cita.. masa buat biodata duk letak nak jadi polis.. kebetulan zaman gerak gerak khas time tuu.. memang berkobar nak jadi polis.. dgn uniform, pistol dia lagii.. rasa mcm segakk sgt kalau saya pakai uniform tu (ecehhh, masuk bakul angkat sendiri) siap masuk tae kwan do masa skolah sbb kena tahu martial art kalau nk jadi polis kann.. pastu bila masuk form 4 slps PMR, tukar lagi cita citaa.. da masuk kelas sains,  pastu kat rumah selalu sngt tengok cite CSI kann, terus ttiba minat forensic. pastu ada siasat siasat juga ala ala polis .. sampai abes skolahh la cita cita tu bertahan. lps dpt result SPM, duk google uni mana ada course forensic.. tup tup tup .. ttiba2 tgk cerita house terus nak jadi doctor. 

hahaha. kann.. cita cita berubah...kalau nak di ikutkan result SPM saya mmg xde cemerlang mana pun. jadi untuk menjadi seorg doctor, saya mengambil jalan jauh, kalau yg cemerlang tu lps spm je ambil foundation/matriks trus ambil degree (MBBS) tapi mcm saya ambil foundation then pergi ambil degree in medical science (BMS)  dulu.. dgn keputusan BMS tuu la saya masuk MBBS trus ke 3rd year (clinical year) . Memang keputusan SPM yang kita dapat tu tak kan menghalang kite utk mencapai apa yg kita mahu.. Ada je student yg straight A's pun buat macam ni.. da masuk matriks/foundation then blaja BMS pastu baru masuk MBBS.. Ada jee dari sekolah sekolah top yang dulu masa skolah bukan main hebat tapi bila kat uni, diorg biasa biasa jeaa.  Jadi kesimpulannya disini, tak kisah la berapa result kita pun, dr sekolah mana yg kite dtg pun asal kan ada kemahuan , pasti ada jalan.. pepatah melayu bukan direka saja saja jeaa. ye dokk? Mereka yang dpt straight A's tu yang untungnya boleh dpt scholarship dr mcm mcm tempat bergantung dgn course apa yg diorg nak ambil nanti. Dan segala yang berlaku ada hikmahnya. Percaya sahaja pada ketentuan-Nya. 

Kalau adik adik rasa belajar da cukup byk tapi kenapa result mcm xsetimpal?? Nak nak pula kawan kite tu tak study sgt pun tapi perghhh result dia gempakk.. Korang kena sedar sesetengah org dilahirkan genius. Jadi tak perlu banding kan diri kita dgn org lain. tak perlu la pulak lps ni, "Ahhh, dia x study result gempak..baik aku pun tak ya study" Tak baikk camtuu.. Dgrla dr org berpengalaman. Haha. Adalah sangat menyakitkan hati bila benda tu kita da belajar, then di sebab kan x ulangkaji bila keluar exam kau cuba igt balik, tapi yg ingat kabur kabur gituu. pasti geram bukan? Jadi teruskan study... Banyak kan pasrah dan redha. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yg menentukan. 

Kalau nak ikutkan masa clinical waktu ambil BMS dulu kat Hospital Kota Baru, Kelantan, saya da memang give up taknak smbung MBBS jadi doctor. Penat duk ikut wardround berdiri lama lama.. Tapi semua da tertulis , doa ibubapa .. ntah macam mana terus jadi kuat balik. Bila da smbung MBBS rasanya tak pernah pula terfikir utk berhenti. Eyh, penah sekali masa failed O&G masa 3rd year :P hihi.. Tapi lps tu tak penah pula terfikir utk berhenti. Alhamdulillah cabaran masa belajar saya tempuhi dgn suka duka. Rindu pulak aih.

Ni tatau lagi mcm mana bila start keje? Adakah saya kuat mengharungi "suka yang mungkin lebih banyak duka?" haha. InsyaAllah.

Jadi nasihat saya untuk mereka yang ingin menjadi doktor. Cekal kan hati! Bersatu padu la dgn kawan kawan korang masa blaja medic tu nanti. bersaing secara sihat. Sama sama nak jadi doktor kan rawat pesakit, so, tak perlu ada hasad dengki dia lebih ke kau lebih ke.. Share ilmu okay! So, til we meet again! Daaaaa ~~



Sekian terima kasih.


p/s: saya masih suka untuk menjadi doctor dlm bidang forensic. bedah bedah mayat. Hmm, tapi tak tahu la lagi. tunggu habis housemanship baru cite okay.
There was an error in this gadget