Thursday, June 2, 2011

I am so TOUCHED!

Assalamualaikum orang-orang kampung! :')

Hey hey. what's wrong with you Amira?

Nothing is wrong.

Kau saje nak berdrama lebih kan. haha~




Hmm, sape penah tengok cite Leap Year angkat kening! (again?)

ahaha.



Okayh, saya yang tak reti2 nak study ni pada masa2 terluang
telah menghabiskan waktu2 yang sangat lah berharga dengan
menonton movie yang di donlod khas oleh MR.F.
Hari ni jea saya telah menonton 2 movie
yang jalan cerita lebih kurang sama yea
di mana si gadis ni bercinta dengan orang lain
end up mcm dengan orang lain pula.

faham tak?

ala, mcm kite da ada bf
tiba2 ter-falling in love dgn org laen,
macam tuh la. okayh?


Tajuk cite tu; How Do You Know dan satu lagi Leap Year. Haaa, yang Leap Year ni paling rasa macam ouch! i'm so touched okayh!










Why?

Kenapa?

Sebabnya, jalan cite ni la.
Cite ni lakonan Amy Adams dengan Matthew Goode .
Amy Adams ni ada bf yang berkerjaya sebagai cardiologist.
Biasa la, da nama pun cardiologist, so busyyy memanjang jea la kan.
One day, si Mr. Cardiologist named Jeremy bagi hadiah
as proposal utk Amy Adams ni .
Diorang getting engaged.
Mula2 Amy ni ingat
Jeremy nak proposed
utk kawen tapi
rupanya utk
engaged jea.


da la bg earings jea.
So, dia mcm sedikit terkilan sebab
da 4 years being together si Jeremy
tak
melamar dia lagi. Pelik kau cite kan cite omputih
ke bahasa melayu.
So, si Amy ni bercadang
nak melamar Jeremy ni la pada
tahun tuh , Leap Year.
Mengikut mcm myth Ireland,
mmg romantic kalau girls yg
proposed guys bila Leap Year
ni kan. So, mcm2 dugaan ..
bla bla bla.



malas nk cite panjang sgt.
Sebab rasa mcm nak taip satu cite jea.
Huhuhu.


Masa Amy nk g proposed Jeremy,
tyme tuh Jeremy ada kat Ireland,
so masa nk g Ireland mmg banyak lah dugaan Amy
ni tempuh. di pendekkan ceritaaa...
Paling sangat saya sukaaaaaa!!!!
Ada one guy ni nama Declan.
Dia tanya kat Amy
" If your house on fire and you had 60 seconds, what would u take? "

jeng jeng jeng.


Bila da hujung2 cerita,
macam Amy nak test la Jeremy ni.
So, masa party kat rumah baru dia tuh,
dia g bunyi kan fire alarm.
Dia nak tengok apa yg Jeremy
akan bawak bila ada kebakaran tuh.

Bila tengok2,
saya pun gatal jugak nak test si MR.F .
So saya pun g tanya kat dia;


Mira : Sayang, if mcm kita da kawen, then duduk kat rumah idaman pastu mcm semua barang2 kat dlm rumah tuh lengkap la seperti kediaman yang sayang idam-idamkan. Then one day tiba2 fire alarm berbunyi. Apa benda paling penting sayang akan bawak keluar selamatkan dari kebakaran tuh? Satu jea yang paling penting okayh!


Mr.F : Sayang lah!!


Mira : Siot jea, asal orang pula? (Padahal memang jwpn ni yang saya nk dengar punnn kan. haha)

Mr.F : Sebab mana nak dapat sayang lagi. (Macam menda2 lain tuh boleh beli la maksud dia)

Mira : Awww~ so sweet!

Mr.F : Okayh, orang pun ada soalan jugak.

Mira : Haa, jangan nak tiru soalan orang ehhhh.

Mr.F : Alaaaaaaa~ hahaha. Kalau sayang, mesti sayang bawak kasut2 kan?

Mira : Ishh , apa jea. mana ada!



Okayh,
memang siot dia
nk cakap saya mementing kan
kasut. Memang saya gila kan
kasut,
tapi dia tak tahu saya lebih gilakan dia
berbanding kasut -___-' So, tu la dia. I'm soooooooo touched
dengan jwpn Mr.F tuh. Siap mcm
nak nanges tau!
haha.
Terharu :P


Sekian .


ps: malas nak touching lebih2 . haha.

Wednesday, June 1, 2011

Panda comel!








Assalamualaikum..

Hai hai. Sape da tengok Kung Fu Panda 2 angkat kening!!
Hiihi~ Meyh nk cite sikit pasal apa yang bestnya cite ni.
Okayh, kung fu panda 2 ni mcm ada la kesinambungan dgn yg pertama
sbb kalau sape yg tak tgk yg first tuh mesti rasa tak faham sikit
mcm blur even yang ke-2 ni jalan cite dia laen.

Saya sukaaaaaaaaa sangat la cite ni .
Saya bg 4 setengah bintang!


eh, kata suka. nape 4 setengah je?


Haaa. kan saya da ckp saye ni kedekut sikit.
so save la setengah lagi bintang saya simpan :p
hehehe~. Da la comel.
Saya mmg sukampanda ni.
bulat dan comel! geram la.
pastu ada pula tunjuk tyme dia kecik2.
Ya Allah, COMEL gila okai!
Klau dpt memang da lenyek2 perut dia tuh.
bulat sangat!



Dah name pun cite katun kan,memang pelik la kalau tak kelakar.
So, cite ni mmg kelakar punnn.
Comel okayh!
Saya tak reti nk buat sinopsis
sbb jap g takud tercerita lebih2 korang da tahu x g tengok pula kan :P
So tuh jea la ulasan saya utk cite Kung Fu Panda 2 ni.
Comel!


p/s: okayh, memang tak abes2 dgn perkataan comel dlm entri kali ni. what to do, da memang comel pun. GILA comel! :)

Sekian.

Tuesday, May 24, 2011

Insidious


Assalamualaikum semua! :D Hi!

Okayh, tajuk entri ni agak familiar .

Yea saya tahu, memang familiar .

Tajuk film yang sedang di tayangkan di pawagam-pawagam berhampiran kan?

Haa, betul lah tuh. Jadi, adakah entri ni berkaitan dgn film tuh?

Absolutely!


Saya macam tiba-tiba rasa nk jadi pengulas film pula :P
Ye la, memandangkan saya perlu keep awake sepanjang hari ni dan tidak tidur siang untuk mengelak malam berjaga,
jadi haruslah saya mencari apa yang boleh di lakukan untuk mengisi masa-masa yang ada :)


Saya da tengok da cite ni semalam kat Alamanda,Putrajaya.


Amboi, awat sampai ke Putrajaya dek non?


Hmm, sebabnya saya mempunyai urusan di MMC
berkaitan dengan masa depan saya nanti. huhu.

So, tanpa membuang masa .
Saya tahu anda pun bukan rajen dan kesah nk tahu sgt pon :P
Jadi saya terus straight ke cerita ni la yea.
Saya janji tak bagitahu ending dia even korang boleh google pon :P

Pada peminat cite seram, sila lah g tengok.
Saya dulu memang minat tgk cite2 seram ni.
Tapi, sejak tengok cite Paranormal 2 tuh, haihh~ takuddd tau!
macam phobia tiba2.
Bila nak tidur mcm terkenang cite yang di tonton tuh.
Macam cite insidious ni pun, mmg terkenang ,
terbayang jugak la sebelum tidur.
Mujur tak mimpi ngeri semalam.
Nak saya rate cite nih?
Saya ni kedekut sikit nak bg bintang-bintang ni.
3 n half boleh?
Cite ni mcm best tapi sebab perasaan takud menyelubungi diri,
jadi 3 n half sudah la dari 5 bintang okayh?
Serious seram , sampai mmg akan terjerit2 la.


Haha.



Okayh, jangan khuatir kenapa saya haha.
Saya tidak tipu.
Ini serious.
Saya haha sebab teringat peristiwa di dlm wayang tuh jea .
:P



Saya tengok cite ni smpai tutup mata dgn tangan ,
tapi nk tengok jugak, so bukak sikit jari2 tengok dr celah2 jari jeaa.
Pastu sebab takud sangat dengan sound effect,
saya bukak mata tapi tutup telinga.
Bia nampak asal jgn dengar.
Kalau tak nnti terjerit :P




Cerita ni pasal roh budak kecik yang comel
bernama Dalton keluar dari badan ketika tidur,
pastu tak dapat kembali ke dalam jasad dia balik sebab roh dia pergi terlalu jauh dan terperangkap.
Pastu roh2 jahat nak masuk dlm jasad si Dalton ni.
di sebabkan roh dia tak dpt kembali ke jasad dia,
Dalton ni jadi macam dlm keadaan koma.
Tak sedarkan diri berbulan-bulan lamanya.
Yea la, ada jasad jea, tapi tak de roh kan.
Sementara tuh, banyak gila gangguan jahat kat rumah family dia.
Yang itu seram!
Banyak sangat roh merayau2 dlm umah Dalton.


Pastu nak tahu apa terjadi?
G la tgk kat wyg! Haha.
tak pun g la beli Dvd ke, Donlod ke :P



Kat sini ada trailer dia saya sertakan :



Okayh, saya memang x pandai nk bercerita sebenarnya.
Sebab tuh cite separuh jalan jea. Haha.


Kthxbye.




p/s:Ada satu malam tuh kiteorg berjaga tengah2 malam. Pastu lapar gila. Macam ngantuk tapi nak makan. ingat nak order McD, tapi takud lambat dan tertidur. So tak order la. yang si piah(Sofia) ni nak jugak McD, so dia suh jgk saya order, tapi saya mls dan cakap " alaaa, nak tidur jea la. esok mangun baru makan" pastu piah cakap" nanti kan masa tido roh kau jalan2 g cari makanan, pastu makan sampah2 tepi jalan" okayh. saya mmg xterpengaruh ke-psycho-an dia lalu terus nak tido :p tapi dia pulak g masak kan, tba2 saya mgun dan terus meminta sedikit mknn yg dia msk tuh :p the end.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers