Assalamualaikum.
Kenapa saya suka tengok drama korea?
1. Pelakon dia cantik sangat! Very the natural. Kalau scene kat umah mmg nampak natural sgt. tade nak bermekap sakan.. ber-eye shadow bagai. bulu mata palsu sume. Pastu kalau scene bangun tdo.. Nmpak sgt sememehh.. Memang real. Kalau berlakon tido tapi ber-make-up bagai mmg cam tipu.
2. Pelakon dia handsome, kacak lagi bergaya. Tade rupa rempit ke apa. Haha. so kalau bawak watak CEO ke doktor ke peguam ke apa.. mmg kena. Bukan nak kata pelakon cite melayu tade gaya ke apa. adaa.. mmg adaa. gaya rempit. Haha. sbb tu agaknya byk cite melayu pasal rempit, gangster kan? Oopsie!
3. Episode tak banyak! Ni plg penting. Buat episode byk byk , putar belit mcm konfiuss. Nak nak terlalu byk cerita drama drama melayu yg ada pelakon yang sama. Mcm boleh confuse jadinya. Kalau cite korea mmg ada je episode byk byk smpi seratus lebih pun ada.. Tapi sape suh tgk yg episode byk2? Haha. Secara purata kebanyakan drama korea ada 24 episode jeaa. Ibarat kalau duk mengadap cite tu sehari boleh abis tgk cite drama.. 24 jam kann..
4. Moral of the story. Mmg sgt bermoral. Jarang gila saya tgk dlm cite korea ada penagih dadah ke.. Perokok ke.. Perogol ke.. Pendurhaka (perkataan apakah ini?haha) kepada ibubapa ke.. dan sebagainya. Diorg mcm tak nak tunjukkan contoh yg tak baik pada masyarakat. terutama golongan yg muda mudi dimana mereka sering terikut ikut apa yg diorg tgk. Selalu cerita psl kerjaya mcm kisah seorg peguam, seorang doktor, seorg reporter, seorg pendakwaraya, seorg ibu , seorg bapa, seorg manager hotel .. tade pula cite pasal gangster, merepit bagai. Apa yg kite boleh pelajari dr cite cite rempit tuuu??
5. Knowledge! Contohnya la kan. Saya suka tengok cite genre medic.. mmg penulis script ,pengarah dan crew2 yg terlibat diorg mmg hebat! Tertanya juga diorg ni ada rujuk kat doktor doktor pakar ke apa? Sbb term yg diorg guna mmg betul. Bukan main bantai jeaaa, main cincai je buat script ke apa kan. Kalau cite psl doktor, mmg bebetul psl kerjaya doktor.. mmg la ada selit sikit sikit psl cinta cinta.. Tapi yg nampak byk psl kerjaya doktor tu sendiri. Mcm cite House! Haa, betul betul medic kan. Tak mcm ada cite tu konon konon pasal perubatan.. Tp 90% psl cinta. Setakat blakon pakai whitecoat tp pengetahuan tentang pekerjaan doktor, term yang digunakan kat pelakon tu zero.
6. Bahasa yang digunakan. Mmg sopan. Eyh, mmg tak la saya nak faham bahasa korea. Tapi kalau da selalu tgk, ibarat ambil kelas bahasa korea. Cara mereka bertutur dgn mereka yg lebih dewasa, sesama umur mahupun sesama mereka.. bahasa yg ditunjukkan mmg sedap di dengar. Tade pun diorg nak tunjuk bahasa bahasa kasar. Macam ada drama tu (tanak la bgtahu tajuk dia kan) siap ckp s**l la b***h la, bahasa memaki la pendek kata.. Cuba bygkan, kalau mcm bdk bdk yg baru nk blaja bercakap dgr ke apa pastu terikut ikut.. Cane tuhhh? Cuba la tapis sikit bahasa tu.
P/s: malas nak ckp byk. kang saya pula kena kutuk. Haha. Pendek kata.. benda benda yang tak baik, tak ya di jadikan cerita. Tak penting pun untuk generasi akan dtg tahu pasal rempit, dadah, dan sebagainya.. Kalau perlu tahu pun, biar diorg belajar kat sekolah sbb pendidik yg professional kan ada.. Diorg tahu cara mendidik bagitahu mana yg elok mana yg tak.. Kalau da kat tv berlambak sgt drama, telemovies yg duk agung agung kan masyarakat mcm rempit dan sebagainya.. sampai bila Malaysia nak hapuskn masyarakat macam tuuu?? Kan?
Sekian, terima kasih :)
No comments:
Post a Comment