Wednesday, May 6, 2015

Tagging period

Assalamualaikum semuaaaa.

Salam sejahtera! :)

Isnin 20th April kite start da lapor diri kat HKL. Hihi, tak minta pun HKL ni, tp Alhamdulillah sbb dpt dkt dgn family. kira macam HKL ni pilihan ke 4 la. Dlm borang nak 3 pilihan kan. Haha. Tp sekarang da guna sistem e-ho so mcm pilih je la hosp apa yang ada kosong. Kalau tade tunggu je kalau nak tunggu. Duk lama lama kat rumah sementara menunggu kekosongan tu pun xelok gakk. Nnti mcm lupa apa kite blaja sume.

Then masa 1st day lapor diri tu da tahu dapat department mana. Ceteka ceteka kite dapat mana??

 Haa, kalau ada baca entry sebelum ni mesti dpt teka kalau da duk tanya caniii.. huuuuu.. Sangat lahhh tatau kenapa 1st posting dapat Obs&Gynae! Adakah ini petunjuk utk bersedia menerima dan menyukai subject ini sbb munken Mo-ship ttba dpt Obs&gynae? touch wood! touch wood!

Redha je masa nampak nama dlm list Obs&Gynae. Nasib baik la ada geng2 sama sekali posting sama. So tade sedih sangat macam masa final exam dulu tahu dpt long case O&G terus nak menangis. Haha.

So far masa tagging ni (sepatutnya 2 weeks jea) kiteorg ada logbook kena isi utk tagging pastu jumpa MO yg jaga group kiteorg utk off tag assessment. Start keje Kul 7am abes 10pm. Kalau boleh tak ya rajin sgt nak stay smpai midnight. Sbb tagging period tade off day. Keje la straight 14 hari atau sampai masuk table kalau xcukup org baru boleh ikut masa keje 7am-8pm for am shift then 7pm to 11am utk pm shift.

Mmg masa masuk je blur gila. Tak tahu nak buat apa, so approach je la senior HO kat situ tnya suh ajar apa yg kena buat sume.. Paling2 tak pun tnya staff nurse atau sister. So after off tag nnti tahu da apa kena buat sume kan.

Hmm, sbnrnya byk lagi nak cerita. Tp rasanya tunggu bila abes posting ni la baru cite. Haha. Sbb baru berapa hari je kot mulaa. :P  Okay. See ya in August bila da abes posting ni. InsyaAllah. Hihi.

Sekian Terima Kasih.


PTM

Assalamualaikum

Hi hi readers :) Salam sejahtera.

Lama juga tak update ni.

Okay, utk entry ni nothing much to story mory.

Kalau nak tahu PTM ni mcm mana semua, dia macam 5 days of kursus.

Batch April 2015 siapa yang dpt Hosp HKL, Putrajaya, PPUM, Sarawak sume PTM sama tmpt kat PD.

Timetable sgt padat. Kena bangun pagi, dlm jadual start as early as 6am utk senamrobik session.

So xperlu rajin sgt mandi semua, bangun tido gosok gg sembahyang then pergi senamrobik. Lps abes tu baru mandi. Haha.

Then abes pula agak awal. Mcm tempt kiteorg kat Glory Beach Resort,PD ari tu a bit relax kalau nak bandingkan kat tempat lain mcm start awal abes smpai midnight.  Tak tahu la apa diorg buat.

Our fasi sangat baik. Tak garang mcm tempat lain. Haha. So, overall okay jea.

Bawa baju lebih sikit kalau jenis yang suka tuka2 baju pagi mlm. sbb session mmg sepanjang hari. Ada makan makan di sediakan yg pasti.  Last day ada test. So, just listen je masa ceramah tu. And in the end, confirm dapat jawab quiz tu :P

Huhu, sbnrnya tak tahu nak cerita apa sgt sbb sepanjang PTM ari tu demam. Then sunday, a day before lapor diri demam okay sikit. Hihi. Munken sbb terkejut da 7 bulan cm tu duk relax kat rumah ttba busy yg tak berapa nak busy ttiba.

Okay tu je. Bye :)

Sekian Terima Kasih.


Tuesday, April 7, 2015

Bandung

Assalamualaikum! Salam sejahtera ~

Hihihi, kali ni saya nak update entri pasal Bandung. Bandung, Indonesia la.. Bukan mee bandung mahupun sirap bandung yaa. slurpppss~ nom nom nomm..


Ciri ciri budak gem gem mok. Dalam handbag banyak makanan. Haha. Ni masa tgh tunggu flight nak balik KL.


Baru baru ni, saya dengan Suamiku encik perfect 10, Faisal (haha!) pergi ke Bandung. Dengan niat untuk shopping kain dan jalan jalan cari makan semata mata. Jadi, dlm entri ni tade la yea tempat tempat yang menarik ke apa kami pergi melawat. Kami hanya pergi shopping makan, makan, makan dan shopping sahaja! :D 

Sebelum memasuki alam pekerjaan yang sibuk, jadi saya berkeinginan membeli belah kain untuk buat baju pergi keje katanya. Haha, niat macam murni di situ :P Nasib baik kebetulan Suamiku encik perfect 10 ada offday 2 hari, dan dia pulang kerja awal pagi sebelum kami berangkat ke Bandung. 

Kalau nak cakap pasal budget penginapan dan tambang, adalah lebih murah jika kalian plan, pastu beli berbulan awal sebelum nak pergi. Macam kiteorg ni plan last minit gila. So, tambang mahal sikit la. Nak buat cane, Suamiku encik perfect 10 busy keje pastu tade cuti. (nampak macam susah je nak taip Suamiku encik perfect 10 panjang2 .. haha, tapi ni copy paste jewwww. xkuasa i nak taip tu byk kali pnjg2)

Sebelum pergi ke Bandung, haruslah plan di mana nak tinggal. Book siap siap . Jangan da sampai sana baru nak cari hotel. Sebab mmg selalu penuh je hotel kat sana ( Pak David kata - supir kami di sana) Wahh, ada supir lagiii. Pastu, selain book hotel, book jugak la Pak Supirnya. Senang nak kemana mana nanti. Agak sukar kalau nak naik public transport kat sana. Kalau ada Pak Supir senang sangat, hihi.. dapat la fefeeling kaya gitu ada driver. Haha. 

Day 1

Okay, kami pergi ke Bandung menaiki Malindo air.  Sampai2 airport Pak supir da menunggu di ruang ketibaan dgn memegang kertas " Ibu Amirah" Haha. Kelaka je, "Ibu Amirah" pun bolehh. tak sempat nak ambil gambar Pak David tu sebab dia kecik, pastu ramai sgt Pak supir lain tunggu kat situ.. Yang nampak hanya tanda nama "Ibu Amirah".  Hihi, sampai2 Pak Supir terus tolong bawa bag kami ke kereta. Dan harus lahh, sampai sampai kami makan dulu! Haha. Lapa okay, walaupun pagi2 da breakfast kuey teow goreng yang di masak oleh umi saya, namun tetap lapar bila tengah hari. Jadi destinasi pertama kami ada lah restaurant Nasi Padang Sederhana. Nyummy sgt!! 


Haaa, banyak gila lauk diaa. Tapi, bukan kiteorg makan sume okay. Gila ke? Haha. Dia hidang je sume jenis lauk yang ada, kiteorg mkn apa yg kiteorg nak jeaa.. Nasi satu bowl tu habis kite 2 org makan. Itu baru gila! Haha. siapa suruh sedap sgt!



Lepas makan tu, kami terus ke Rumah Mode Factory outlet. Okay, memang murah murah. Ramai gila orang! Huhu. Jadi keinginan untuk shopping lama di situ terbantut. Beli beberapa kerat jea. kebetulan hari tu Easter Day, so public holiday kat sana. Dgn org Jakarta lagi datang sana. Memang sesak bangat! Lepas da beli beli barang tu, kiteorang pergi check in kat hotel. Pastu berehat sikit.. Lepas maghrib sambung keluar. Destinasi seterusnya Paris van Java Mall, ada Sogo, carrefour kat dalam tu. Besar gila. Lepas tu dalam dia ala ala the street kat the curve. Semua kedai macam the street. bukan macam shopping mall biasa. Cantik juga. Kiteorang pergi situ saja je jalan jalan. Pastu nak borong sambal terasi kat Carrefour dia. Haha. habis la satu rak tu kite org beli sambal terasi dia. Buat stock kat rumah dan utk ahli keluarga yang lain. Kebanyakkan barang barang dia murah 50% dari kat Malaysia. Contohnya macam Ellips hair vitamin, pencuci muka. Haa, product shiseido  pun murah berpuluh ringgit. Hihi.. Dah alang alang kat sana, apa lagi, memborong je la. Haha. Lepas abis beli barang2 tu kite org pergi dinner kat Stone Cafe. Sebenarnya Pak David nak bawak g tempat lain, tapi ttba tempat tu tutup. So, dia bawak pergi Stone Cafe ni.. Kat atas bukit boleh nampak bandar Bandung. Mula mula dia kata tempat tu cantik tapi makanan di kurang sedap berbanding tempat yg dia nak bawak tp tutup tu.. Tapi, bila kiteorg makan, sedappp jea rasa.. Ntah macam mana agaknya rasa kat kedai yang tutup tu kan? Mesti sedap gila. 


Tempat ni cantik sangat okay! Macam santai gila. Kalau dah kekenyangan sangat tak boleh nak bangun boleh tidur sekejap di situ sbb da di sediakan bantal. haha. over! Okay, lepas makan kiteorg balik ke hotel. Penat da nak jln2 lagi pun keesokkan harinya nak shopping kain. 

Day 2.
Pagi2 gila da bangun, pastu da siap siap pergi breakfast. Kiteorg kena keluar pagi2 sbb takut nanti sesak ramai orang. So, breakfast dulu kat hotel, pukul 8 pagi macam tu Pak David datang ambil.


8 pagi da terang gila okay. pukul 6 pagi pun sebenarnya da terang. Licin pinggan tu! amboih.

Pastu, kami ke Pasar Baru. Kat sini la selalu org beli telekung laa, kain2 lace, cotton dan berbagai2 lagi! Rezeki kiteorg macam mmg niat nak cari kain cotton, sampai sampai sana kedai pertama yang kiteorg singgah bagitahu kat mana kedai yang jual kain cotton cantik2 dan murah! berkualiti okay. Tapi masa tu kedai tu tak bukak lagi, dia buka dalam pukul 930 camtu, so kiteorg jalan2 dulu tengok kedai lain..Macam rambang mata gila. Kalau saya kat KL g jakel boleh macam berjam jam dlm Jakel macam kena rasuk hantu kain.. Cuba bayangkan kalau kat Pasar Baru ni macam mana?? Sampai kul 830 pagi mcm tu.. tak sedar sampai tengah hari kiteorg duk dalam Pasar Baru tu. Tu pun tak habis pusing sebab bila da tengah hari ramai gilaaaaaaaa orang! Jadi, nasihat saya kalau nak dtg Pasar baru kena pergi 2 hari, pagi sampai tengah hari, pastu sambung esok pagi smpai tgh hari jugak. kiteorg smpat pusing level 2 dan 3 camtu jea. yang level lain sekadar berjalan xsinggah sgt.  

Lepas tu kiteorang pergi makan tengah hari. Penat gila da, tak larat nk pusing2 lama kat dlm Pasar Baru tu. terlalu sesak. Nasib baik motif nak beli kain kat situ da tercapai. Haha. Hari ke2 ni hujan, so mcm kiteorg tak boleh nk g jalan sgt kat luar tu. Lepas mkn tgh hari, Pak David bawa jalan2 pusing bandar Bandung. Nyaman sgt rasa sbb kat sana banyak pokok besar besar! Pak David kata setiap rumah yang ada pokok tu tak boleh tebang pokok dia. Kalau tak kena denda bayar harga rumah campur harga pokok tu. Pokok tu mesti mahal gila sebab da beratus tahunn kottt! Kagum! 

Waktu malam kiteorg makan Bakso. Serious sedap okay! Lain dgn Bakso yg jual kat Malaysia. Haha. Ada satu kedai bakso kat Malaysia ni selama ni saya rasa sedap, tapi lepas rasa Bakso kat Bandung tu terus lupa kedai bakso kat Malaysia. Haha. Nama kedai tu BMK (Bakso Malang Kapitan) Nama macam scary sikit. Haha, tapi, nama tu Pak David kata berdasarkan nama tempat. Lepas makan kiteorg pusing2 lagi bandar Bandung tu. Pastu balik hotel. Penat gila! sakit pinggang segala!

Day 3.

Last day kiteorg lat Bandung. Lps breakfast, kiteorg pergi beli snack kerepek pisang & pisang cheese dkt Putera snack, pastu Kartika Sari beli brownies. Pastu jalan2 lagi kat bandar Bandung, singgah kat jalan Braga beli lukisan sikit. Kerepek tu sedap gila okay, da makan tak boleh nak stop. tu yang dalam handbang ada bekalan tu (gamba plg atas) haha. bila sampai Malaysia rsa rugi gila xbeli banyakkkk! 




The end!

Sekian terima kasih :)







Saturday, March 21, 2015

Housemanship

Assalamualaikum rakan rakan dan silent readers :P hihihi! 

Apa khabar kalian semua? Hari ini ya, saya secara tiba tiba entah mengapa adrenaline melonjak rasa mahu membuat satu entri baru. *cough* ehem, saya sebenarnya tak sihat ni. Ala, demam biasa jea. virus ni saja je nak hinggap sebentar setelah lama tak demam kan. Rasanya sejak mendirikan rumah tangga, ini kali pertama demam (nasib baik si suami berada di sisi) Tolong suapkan ubat, masak kan bubur. Eyh, mmg mengada sgt.. Sampai bila da nak baik demam ni dlm hati berkata "ala, nak demam lagi" . Mengada kan? 

Jadi ya, sebenarnya niat utk buat entri baru bkn nak menceritakan ke-sweet-an suami saya. Ahaks! Tapi, nak memberitahu bahawa saya telah dpt placement utk housemanship! Wehee~ Seronok sgt tauuu~ Mana x nya, sejak lps exam tahun lepas bulan hujung bulan September 2014, hidup saya adalah sgt tidak productive. Haha, walaupun ada berjalan kesana kesini, tapi mcm xlengkap.. Yelahh, da belajar lama lama pastu xkeje2.. Sungguh saya tak mampu jika di minta utk menjadi housewife. (eyh, kenapa mcm lagu dangdut? sungguh ku takk mampu.. menahan rindu.. ah ahh) Teehee, setiap hari (mcm tade la setiap hari sgt pun, metafora je) saya mengadu domba kebosanan dkt sang suami.. Walaupun, ada la buat keje umah seperti memasak, mengemas etc. tapi mcm tak bolehh la rasanya duduk rumah. Saya tabik kepada para-para surirumah tangga diluar sana. Saya hampir hampir rasa nak pergi jumpa psychiatrist akibat stress kebosanan (haha, ni tipu!) tapi serious saya stress sbb bosan.. Sampai da berangan siapkan baju nak start keje nanti kau. Gila tak tahap kebosanan saya tu cane. Nak pergi holiday, sang suami ni berkerja yang tak boleh mintak cuti sesuka hati, like everytime dia minta annual leave kena reject! Huuuu~ T.T Pastu keje dia bukan mcm everyday lepas blk keje dia balik umah, mcm dlm seminggu tuh 3-4 hari keje, 1-2 hari off.. 3-4 hari keje mmg xjumpa okay. Kalau keje office 5 hari keje, setiap hari blk umah.. ni.... T.T tapii, tu la, demi mencari bersuap suap nasi. Haha, tgk perut memasing *krik krik krik*

Jadi, back to the point.. Kat mana yaaaa hospital yang bakal saya mengerah segala kudrat yang ada utk berkhidmat utk agamaa, bangsa dan negara.. wah kau, over! jeng jeng jengg.. saja nak bagi nervous sikit. Hikhik, masa nk check kat mna placement ni pun saya nervous gila okay. Lagi nervous masa tggu result MBBS aritu. Ntah kenapa goosebump tiba tiba. Actually mcm ni, diorg kata result nak tahu placement tuh tahu 16th March. So mcm mmg xtido lena laa 15th March tuu. Dlm sudut hati ni, berkata *ntah ya ntah tak result esok* then, pada hari terbabit, 16th March, pagi pagi lagi like 8am plus plus gitu ada msg from my classmate masa blaja dulu.. Dia kata kat website tak keluar lagi.. So i was like sleepy gila sbb tido mcm lena tak lena.. pun tido la sebentar.. Then, 2-3 hours later ada msg lagi kata nama kiteorg dah hantar kat IT department, so either today or tomorrow baru boleh check (16th / 17th March) Kagum gila saya dgn kawan saya tu. She is my girlfriend! Miss Lalitha, mmg bagus gila la dia siap call KKM sume. Then, after few hours ada lagi msg kata da boleh check. Masa dpt msg tu, saya baru keluar dari toilet.. Dapat bayangkan x kesejukkan air bercampur dgn rasa nervous da boleh check placement cane?? Haa, menggeletar tgn okay pegang phone. Takud nak check, tapi nak tahu.. Cane?? Haa, kena la gagah kan hati ni.. Check punya check! Fuhhhhh!!  dapat HKL siottt! Tak minta punnn. Tapi di sudut hati yang mmg ada berkata "kalau dpt HKL okay juga dkt dgn umah family,, kihkih.." Alhamdulillah.. Lega sgt! Sebenarnya saya minta Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sbgai pilihan pertama, Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya seterusnya. Tapi dpt HKL. Mungkin ada hikmahnya.. Hee, Tapi saya ttp happy. My husband pun happy. Dia sibuk duk tanya apa perasan bila dpt HKL bagai, padahal dia terlampau happy sbb tak yah fikir nak kena siapkan rumah kat bandar enstek tu cepat cepat. Hiihi..  Saya pun happy juga sbb ramai rakan rakan di tempat kan di tempat yg sana! Yay! Ayuh memeriahkan HKL, kalau stress keje kite stress sama sama okay, nangis sama sama, happy sama sama. Seronotnyaaaaaa~~ ^^




Tada! Abaikan kesalahan ejaan nama. Amirah jadi Imarah okay. Mmg I marah juga masa tgk nama salah. Tapi di sebab kan I happy, I tak kisah la. Haha!



Sekian terima kasih.

Thursday, March 5, 2015

Cita cita

Assalamualaikum dan salam sejahtera! :)

Hari ini sejajar dengan keputusan SPM yang baru keluar dua hari lepas saya nak buat entri baru mengenai cita cita. Sebenarnya sebelum keputusan SPM keluar lagi saya da ada idea untuk buat entri ni. Cuma tak kesampaian jea sebab "busy" la konon. Hihi.

Rasanya tak terlalu lambat untuk saya ucapkan tahniah kepada adik adik yang baru ambil keputusan SPM atas keputusan yang cemerlang, dan kepada mereka yang lulus. Kepada adik adik yang results tak berapa nak hokayy, jangan risau.. bak kata seorang mak cik ni yang baru baru ni keluar dlm tv, SPM bukan lah satu permulaan atau pengakhiran untuk kita berjaya. (haa, lebih kurang camtu bunyi dia) Saya setuju sangat! 

Hokay, tak mo la duk cite menjelaa kat introduction.. kang bosan pula baca pnjg2 tade isi.. Jadi, ayuh kite mulakann...

Hmm, masih ingat kah kalian masa darjah satu dahulu?? memang wajib cikgu akan tanya cita cita kite kann? pastu ntah bape byk kali asyik nak kena tulis cita cita tu.. dalam report card la, dlm borang apa-ntah-tak-ingat-sudah laa, dan masa dlm kelas pun cikgu duk tnya jugak pasal cita cita kitaa. saya masih ingat lagi top 3 cita cita saya masa darjah satu.. (hihi. malu laa pulaaa...) masa tu cita cita saya yang saya pun tak faham sangat kenapa, adalah doktor, polis dan peguam.  dan setiap tahun cita cita saya berubah.. bila da besar sikit nak jadi model, pelakon dan penyanyi.. pastu besar lagi sikit tukar balik jadi doktor balik.. bila da masuk sekolah menengah, saya yang minat gila dgn uniform tukar lagi cita cita.. masa buat biodata duk letak nak jadi polis.. kebetulan zaman gerak gerak khas time tuu.. memang berkobar nak jadi polis.. dgn uniform, pistol dia lagii.. rasa mcm segakk sgt kalau saya pakai uniform tu (ecehhh, masuk bakul angkat sendiri) siap masuk tae kwan do masa skolah sbb kena tahu martial art kalau nk jadi polis kann.. pastu bila masuk form 4 slps PMR, tukar lagi cita citaa.. da masuk kelas sains,  pastu kat rumah selalu sngt tengok cite CSI kann, terus ttiba minat forensic. pastu ada siasat siasat juga ala ala polis .. sampai abes skolahh la cita cita tu bertahan. lps dpt result SPM, duk google uni mana ada course forensic.. tup tup tup .. ttiba2 tgk cerita house terus nak jadi doctor. 

hahaha. kann.. cita cita berubah...kalau nak di ikutkan result SPM saya mmg xde cemerlang mana pun. jadi untuk menjadi seorg doctor, saya mengambil jalan jauh, kalau yg cemerlang tu lps spm je ambil foundation/matriks trus ambil degree (MBBS) tapi mcm saya ambil foundation then pergi ambil degree in medical science (BMS)  dulu.. dgn keputusan BMS tuu la saya masuk MBBS trus ke 3rd year (clinical year) . Memang keputusan SPM yang kita dapat tu tak kan menghalang kite utk mencapai apa yg kita mahu.. Ada je student yg straight A's pun buat macam ni.. da masuk matriks/foundation then blaja BMS pastu baru masuk MBBS.. Ada jee dari sekolah sekolah top yang dulu masa skolah bukan main hebat tapi bila kat uni, diorg biasa biasa jeaa.  Jadi kesimpulannya disini, tak kisah la berapa result kita pun, dr sekolah mana yg kite dtg pun asal kan ada kemahuan , pasti ada jalan.. pepatah melayu bukan direka saja saja jeaa. ye dokk? Mereka yang dpt straight A's tu yang untungnya boleh dpt scholarship dr mcm mcm tempat bergantung dgn course apa yg diorg nak ambil nanti. Dan segala yang berlaku ada hikmahnya. Percaya sahaja pada ketentuan-Nya. 

Kalau adik adik rasa belajar da cukup byk tapi kenapa result mcm xsetimpal?? Nak nak pula kawan kite tu tak study sgt pun tapi perghhh result dia gempakk.. Korang kena sedar sesetengah org dilahirkan genius. Jadi tak perlu banding kan diri kita dgn org lain. tak perlu la pulak lps ni, "Ahhh, dia x study result gempak..baik aku pun tak ya study" Tak baikk camtuu.. Dgrla dr org berpengalaman. Haha. Adalah sangat menyakitkan hati bila benda tu kita da belajar, then di sebab kan x ulangkaji bila keluar exam kau cuba igt balik, tapi yg ingat kabur kabur gituu. pasti geram bukan? Jadi teruskan study... Banyak kan pasrah dan redha. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yg menentukan. 

Kalau nak ikutkan masa clinical waktu ambil BMS dulu kat Hospital Kota Baru, Kelantan, saya da memang give up taknak smbung MBBS jadi doctor. Penat duk ikut wardround berdiri lama lama.. Tapi semua da tertulis , doa ibubapa .. ntah macam mana terus jadi kuat balik. Bila da smbung MBBS rasanya tak pernah pula terfikir utk berhenti. Eyh, penah sekali masa failed O&G masa 3rd year :P hihi.. Tapi lps tu tak penah pula terfikir utk berhenti. Alhamdulillah cabaran masa belajar saya tempuhi dgn suka duka. Rindu pulak aih.

Ni tatau lagi mcm mana bila start keje? Adakah saya kuat mengharungi "suka yang mungkin lebih banyak duka?" haha. InsyaAllah.

Jadi nasihat saya untuk mereka yang ingin menjadi doktor. Cekal kan hati! Bersatu padu la dgn kawan kawan korang masa blaja medic tu nanti. bersaing secara sihat. Sama sama nak jadi doktor kan rawat pesakit, so, tak perlu ada hasad dengki dia lebih ke kau lebih ke.. Share ilmu okay! So, til we meet again! Daaaaa ~~



Sekian terima kasih.


p/s: saya masih suka untuk menjadi doctor dlm bidang forensic. bedah bedah mayat. Hmm, tapi tak tahu la lagi. tunggu habis housemanship baru cite okay.

Monday, February 23, 2015

Korean drama

Assalamualaikum.

Kenapa saya suka tengok drama korea?

1. Pelakon dia cantik sangat! Very the natural. Kalau scene kat umah mmg nampak natural sgt. tade nak bermekap sakan.. ber-eye shadow bagai. bulu mata palsu sume. Pastu kalau scene bangun tdo.. Nmpak sgt sememehh.. Memang real. Kalau berlakon tido tapi ber-make-up bagai mmg cam tipu.

2. Pelakon dia handsome, kacak lagi bergaya. Tade rupa rempit ke apa. Haha. so kalau bawak watak CEO ke doktor ke peguam ke apa.. mmg kena. Bukan nak kata pelakon cite melayu tade gaya ke apa. adaa.. mmg adaa. gaya rempit. Haha. sbb tu agaknya byk cite melayu pasal rempit, gangster kan? Oopsie!

3. Episode tak banyak! Ni plg penting. Buat episode byk byk , putar belit mcm konfiuss. Nak nak terlalu byk cerita drama drama melayu yg ada pelakon yang sama. Mcm boleh confuse jadinya. Kalau cite korea mmg ada je episode byk byk smpi seratus lebih pun ada.. Tapi sape suh tgk yg episode byk2? Haha. Secara purata kebanyakan drama korea ada 24 episode jeaa. Ibarat kalau duk mengadap cite tu sehari boleh abis tgk cite drama.. 24 jam kann..

4. Moral of the story. Mmg sgt bermoral. Jarang gila saya tgk dlm cite korea ada penagih dadah ke.. Perokok ke..  Perogol ke.. Pendurhaka (perkataan apakah ini?haha) kepada ibubapa ke.. dan sebagainya. Diorg mcm tak nak tunjukkan contoh yg tak baik pada masyarakat. terutama golongan yg muda mudi dimana mereka sering terikut ikut apa yg diorg tgk. Selalu cerita psl kerjaya mcm kisah seorg peguam, seorang doktor, seorg reporter, seorg pendakwaraya, seorg ibu , seorg bapa, seorg manager hotel .. tade pula cite pasal gangster, merepit bagai. Apa yg kite boleh pelajari dr cite cite rempit tuuu??

5. Knowledge! Contohnya la kan. Saya suka tengok cite genre medic.. mmg penulis script ,pengarah dan crew2 yg terlibat diorg mmg hebat! Tertanya juga diorg ni ada rujuk kat doktor doktor pakar ke apa? Sbb term yg diorg guna mmg betul. Bukan main bantai jeaaa, main cincai je buat script ke apa kan. Kalau cite psl doktor, mmg bebetul psl kerjaya doktor.. mmg la ada selit sikit sikit psl cinta cinta.. Tapi yg nampak byk psl kerjaya doktor tu sendiri. Mcm cite House! Haa, betul betul medic kan. Tak mcm ada cite tu konon konon pasal perubatan.. Tp 90% psl cinta. Setakat blakon pakai whitecoat tp pengetahuan tentang pekerjaan doktor, term yang digunakan kat pelakon tu zero.

6. Bahasa yang digunakan. Mmg sopan. Eyh, mmg tak la saya nak faham bahasa korea. Tapi kalau da selalu tgk, ibarat ambil kelas bahasa korea. Cara mereka bertutur dgn mereka yg lebih dewasa, sesama umur mahupun sesama mereka.. bahasa yg ditunjukkan mmg sedap di dengar. Tade pun diorg nak tunjuk bahasa bahasa kasar. Macam ada drama tu (tanak la bgtahu tajuk dia kan) siap ckp s**l la b***h la, bahasa memaki la pendek kata.. Cuba bygkan, kalau mcm bdk bdk yg baru nk blaja bercakap dgr ke apa pastu terikut ikut.. Cane tuhhh? Cuba la tapis sikit bahasa tu.

P/s: malas nak ckp byk. kang saya pula kena kutuk. Haha. Pendek kata.. benda benda yang tak baik, tak ya di jadikan cerita. Tak penting pun untuk generasi akan dtg tahu pasal rempit, dadah, dan sebagainya..  Kalau perlu tahu pun, biar diorg belajar kat sekolah sbb pendidik yg professional kan ada.. Diorg tahu cara mendidik bagitahu mana yg elok mana yg tak.. Kalau da kat tv berlambak sgt drama, telemovies yg duk agung agung kan masyarakat mcm rempit dan sebagainya.. sampai bila Malaysia nak hapuskn masyarakat macam tuuu?? Kan?

Sekian, terima kasih :)


I am a doctor and a wife :)

Assalamualaikum.. 

Ehem.. ada ke pembaca entri entri saya ni? Kenapa rasa macam kusam jea? hmm, apa apa jea la okay.  Now, I am back! hehe. Sekian lama tak update atas beberapa sebab tertentu, kini saya kembali untuk mengisi masa lapang :) Apa sebab sebab saya menyepi tak update entri ni?

Antara sebab sebab tersebut :  (Baca macam konon konon nk bgtahu calon calonnya mcm nk bg anugerah gitu)

1. Lupa password blog nih haa. Tu la.. sapa suh lama sgt nk update! padahal byk je nak citee. abihh dah lupa sumee.

2. Lupa password email utk blog ni. haaa, nk reset password pun xbolehh sbb password email lupaa. hahaha. Kann

3. Busy dgn dunia study *heks* busy la sgtt!! 

Apa apa pun thanks kat my sayang sebab tolong dpt kn kembali blog ni dgn cara create email baru pastu ntah canee ntahh jadi la cococrunch . haha. thank you so muchies sayanggg! (saya tahu dia mesti baca blog ni sbb dia antara pembaca setia saya..)


Okay, now berbalik pada objektif yang sebenar utk entri kali ini adalahhh.. saya nak update kisah hidup sayaa! Hiii, Alhamdullillah saya da graduate.. saya blaja apa?? Hangpa nii.. tatau kaaa? Mesti tak baca entri entri sblm ni.. Kalau nk p baca skrg pun tatau ada lg ke da deletee. Hihii, ye lahh seperti saya maklum kan byk entri yg ada gmbaq tak pakai tudung da delete.. Tapi takpaaa laa.. saya belajar dlm bidang perubatan.. Tapi la ni tak keje lagi... tgh tunggu postinggg.. tuh yang free jea nak update belog ni haaa..  Bersyukur sgt sbb lulus.. Bukan senang weii.. every year ada jeaaa yg saya failed! Haha. Nak nak Obs & gynae! Pastu siap phobia dgn subject tu! Dr start clinical year masa year 3 sampai la year 5 mmg Obs & Gynae ke lautttttt! Huhuu.. Pastu nak di jadi kan drama rencah kehidupannn, masa final exam..  Professional Exam gituuu I dapat case Obs & Gynae! Ya Allah, tuhan je yang tahu apa yg bermain dlm fikiran saya msa dpt tahu saya dapat case Gynae (Uterine Fibroid) Nasibb baik Uterine Fibroid.. Maksud saya nasib baik gynae! Cuba kalau Obstetric?? Lagi gilaa nak duk pegang abdomen mommy cari babyy.. Huhu.. Bukan kepakaran saya dan bukan keminatan sayaa.. Tapii,bila da start keje nanti mmg tak boleh pilih pilih laa kan.. saya akan berusaha ! Demi pesakit pesakit puan dan mommy mommy ... saya berusaha utk meminati subject ni di masa hadapan kelak. InsyaAllah. Thanks Dr Azah n Dr Saxena :) examiner masa exam final ari tu.. Tak sangka sgt lulus. Sbb Obs & Gynae tak penah lulus. Haha. Selalu berdoa harap harap jd mcm masa sekolah add math xpernah lulus tapi ttiba msa SPM eyhhh lulus pulakk.. Akhirnya doa menjadi kenyataan. Alhamdullilah :) Kalau nak cite pasal masa final exam ari tu mmg panjang berjelaa. Nanti kalau rajin saya duk puat entri khas pasal final exam. Kot kot la kan ada student2 medic duk google2 Pro 3 exam ke cane boleh terbukak entri ni. :P Alahai kau ni mira.

Okay okay .. Selain ituuu, saya juga sudah berkahwinnn! waaahhhh~ wawawawaa.. kelas kauuu! Dgn siapaaa? Ehem.. dgn satu satunya boyfriend saya sejakk dulu lagii laaa.. dgn siapa lagiii kann.. tak kan dgn lee dong wook! Ooopsie :P Hahaa.  

So ni nak share sikit la gambaqqq.. Hihi.. 



Jeng jeng jeng. Manja sangat tu!
14.12.14





Yay!


Okay dahh. tuh jea gambar yang nak share! Haha. da kata tadi sikit kan. So tu jea la. Kbai! 

Sekian, terima kasih.


Sunday, February 22, 2015

Pin Pin

Assalamualaikum dan Salam sejahtera u ols!

Huihhhh, lama bebenor tak update. okay, just nak bagitahu blog ni under construction. Banyak entri yg ada gmba tidak bertudung saya delete :) Al maklum la sekarang saya sudah bertudung. Hihi. Jadi bukankah lebih manis jika gambar tersebut di buang? So nantikan kemunculan entri saya okay. Ada la sikitt cerita nak citee :P hehe. daaa! See ya.


Thank you :)
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers