Assalamualaikum dan salam sejahtera! :)
Hari ini sejajar dengan keputusan SPM yang baru keluar dua hari lepas saya nak buat entri baru mengenai cita cita. Sebenarnya sebelum keputusan SPM keluar lagi saya da ada idea untuk buat entri ni. Cuma tak kesampaian jea sebab "busy" la konon. Hihi.
Rasanya tak terlalu lambat untuk saya ucapkan tahniah kepada adik adik yang baru ambil keputusan SPM atas keputusan yang cemerlang, dan kepada mereka yang lulus. Kepada adik adik yang results tak berapa nak hokayy, jangan risau.. bak kata seorang mak cik ni yang baru baru ni keluar dlm tv, SPM bukan lah satu permulaan atau pengakhiran untuk kita berjaya. (haa, lebih kurang camtu bunyi dia) Saya setuju sangat!
Hokay, tak mo la duk cite menjelaa kat introduction.. kang bosan pula baca pnjg2 tade isi.. Jadi, ayuh kite mulakann...
Hmm, masih ingat kah kalian masa darjah satu dahulu?? memang wajib cikgu akan tanya cita cita kite kann? pastu ntah bape byk kali asyik nak kena tulis cita cita tu.. dalam report card la, dlm borang apa-ntah-tak-ingat-sudah laa, dan masa dlm kelas pun cikgu duk tnya jugak pasal cita cita kitaa. saya masih ingat lagi top 3 cita cita saya masa darjah satu.. (hihi. malu laa pulaaa...) masa tu cita cita saya yang saya pun tak faham sangat kenapa, adalah doktor, polis dan peguam. dan setiap tahun cita cita saya berubah.. bila da besar sikit nak jadi model, pelakon dan penyanyi.. pastu besar lagi sikit tukar balik jadi doktor balik.. bila da masuk sekolah menengah, saya yang minat gila dgn uniform tukar lagi cita cita.. masa buat biodata duk letak nak jadi polis.. kebetulan zaman gerak gerak khas time tuu.. memang berkobar nak jadi polis.. dgn uniform, pistol dia lagii.. rasa mcm segakk sgt kalau saya pakai uniform tu (ecehhh, masuk bakul angkat sendiri) siap masuk tae kwan do masa skolah sbb kena tahu martial art kalau nk jadi polis kann.. pastu bila masuk form 4 slps PMR, tukar lagi cita citaa.. da masuk kelas sains, pastu kat rumah selalu sngt tengok cite CSI kann, terus ttiba minat forensic. pastu ada siasat siasat juga ala ala polis .. sampai abes skolahh la cita cita tu bertahan. lps dpt result SPM, duk google uni mana ada course forensic.. tup tup tup .. ttiba2 tgk cerita house terus nak jadi doctor.
hahaha. kann.. cita cita berubah...kalau nak di ikutkan result SPM saya mmg xde cemerlang mana pun. jadi untuk menjadi seorg doctor, saya mengambil jalan jauh, kalau yg cemerlang tu lps spm je ambil foundation/matriks trus ambil degree (MBBS) tapi mcm saya ambil foundation then pergi ambil degree in medical science (BMS) dulu.. dgn keputusan BMS tuu la saya masuk MBBS trus ke 3rd year (clinical year) . Memang keputusan SPM yang kita dapat tu tak kan menghalang kite utk mencapai apa yg kita mahu.. Ada je student yg straight A's pun buat macam ni.. da masuk matriks/foundation then blaja BMS pastu baru masuk MBBS.. Ada jee dari sekolah sekolah top yang dulu masa skolah bukan main hebat tapi bila kat uni, diorg biasa biasa jeaa. Jadi kesimpulannya disini, tak kisah la berapa result kita pun, dr sekolah mana yg kite dtg pun asal kan ada kemahuan , pasti ada jalan.. pepatah melayu bukan direka saja saja jeaa. ye dokk? Mereka yang dpt straight A's tu yang untungnya boleh dpt scholarship dr mcm mcm tempat bergantung dgn course apa yg diorg nak ambil nanti. Dan segala yang berlaku ada hikmahnya. Percaya sahaja pada ketentuan-Nya.
Kalau adik adik rasa belajar da cukup byk tapi kenapa result mcm xsetimpal?? Nak nak pula kawan kite tu tak study sgt pun tapi perghhh result dia gempakk.. Korang kena sedar sesetengah org dilahirkan genius. Jadi tak perlu banding kan diri kita dgn org lain. tak perlu la pulak lps ni, "Ahhh, dia x study result gempak..baik aku pun tak ya study" Tak baikk camtuu.. Dgrla dr org berpengalaman. Haha. Adalah sangat menyakitkan hati bila benda tu kita da belajar, then di sebab kan x ulangkaji bila keluar exam kau cuba igt balik, tapi yg ingat kabur kabur gituu. pasti geram bukan? Jadi teruskan study... Banyak kan pasrah dan redha. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yg menentukan.
Kalau nak ikutkan masa clinical waktu ambil BMS dulu kat Hospital Kota Baru, Kelantan, saya da memang give up taknak smbung MBBS jadi doctor. Penat duk ikut wardround berdiri lama lama.. Tapi semua da tertulis , doa ibubapa .. ntah macam mana terus jadi kuat balik. Bila da smbung MBBS rasanya tak pernah pula terfikir utk berhenti. Eyh, penah sekali masa failed O&G masa 3rd year :P hihi.. Tapi lps tu tak penah pula terfikir utk berhenti. Alhamdulillah cabaran masa belajar saya tempuhi dgn suka duka. Rindu pulak aih.
Ni tatau lagi mcm mana bila start keje? Adakah saya kuat mengharungi "suka yang mungkin lebih banyak duka?" haha. InsyaAllah.
Jadi nasihat saya untuk mereka yang ingin menjadi doktor. Cekal kan hati! Bersatu padu la dgn kawan kawan korang masa blaja medic tu nanti. bersaing secara sihat. Sama sama nak jadi doktor kan rawat pesakit, so, tak perlu ada hasad dengki dia lebih ke kau lebih ke.. Share ilmu okay! So, til we meet again! Daaaaa ~~
Sekian terima kasih.
p/s: saya masih suka untuk menjadi doctor dlm bidang forensic. bedah bedah mayat. Hmm, tapi tak tahu la lagi. tunggu habis housemanship baru cite okay.
No comments:
Post a Comment