Saturday, March 21, 2015

Housemanship

Assalamualaikum rakan rakan dan silent readers :P hihihi! 

Apa khabar kalian semua? Hari ini ya, saya secara tiba tiba entah mengapa adrenaline melonjak rasa mahu membuat satu entri baru. *cough* ehem, saya sebenarnya tak sihat ni. Ala, demam biasa jea. virus ni saja je nak hinggap sebentar setelah lama tak demam kan. Rasanya sejak mendirikan rumah tangga, ini kali pertama demam (nasib baik si suami berada di sisi) Tolong suapkan ubat, masak kan bubur. Eyh, mmg mengada sgt.. Sampai bila da nak baik demam ni dlm hati berkata "ala, nak demam lagi" . Mengada kan? 

Jadi ya, sebenarnya niat utk buat entri baru bkn nak menceritakan ke-sweet-an suami saya. Ahaks! Tapi, nak memberitahu bahawa saya telah dpt placement utk housemanship! Wehee~ Seronok sgt tauuu~ Mana x nya, sejak lps exam tahun lepas bulan hujung bulan September 2014, hidup saya adalah sgt tidak productive. Haha, walaupun ada berjalan kesana kesini, tapi mcm xlengkap.. Yelahh, da belajar lama lama pastu xkeje2.. Sungguh saya tak mampu jika di minta utk menjadi housewife. (eyh, kenapa mcm lagu dangdut? sungguh ku takk mampu.. menahan rindu.. ah ahh) Teehee, setiap hari (mcm tade la setiap hari sgt pun, metafora je) saya mengadu domba kebosanan dkt sang suami.. Walaupun, ada la buat keje umah seperti memasak, mengemas etc. tapi mcm tak bolehh la rasanya duduk rumah. Saya tabik kepada para-para surirumah tangga diluar sana. Saya hampir hampir rasa nak pergi jumpa psychiatrist akibat stress kebosanan (haha, ni tipu!) tapi serious saya stress sbb bosan.. Sampai da berangan siapkan baju nak start keje nanti kau. Gila tak tahap kebosanan saya tu cane. Nak pergi holiday, sang suami ni berkerja yang tak boleh mintak cuti sesuka hati, like everytime dia minta annual leave kena reject! Huuuu~ T.T Pastu keje dia bukan mcm everyday lepas blk keje dia balik umah, mcm dlm seminggu tuh 3-4 hari keje, 1-2 hari off.. 3-4 hari keje mmg xjumpa okay. Kalau keje office 5 hari keje, setiap hari blk umah.. ni.... T.T tapii, tu la, demi mencari bersuap suap nasi. Haha, tgk perut memasing *krik krik krik*

Jadi, back to the point.. Kat mana yaaaa hospital yang bakal saya mengerah segala kudrat yang ada utk berkhidmat utk agamaa, bangsa dan negara.. wah kau, over! jeng jeng jengg.. saja nak bagi nervous sikit. Hikhik, masa nk check kat mna placement ni pun saya nervous gila okay. Lagi nervous masa tggu result MBBS aritu. Ntah kenapa goosebump tiba tiba. Actually mcm ni, diorg kata result nak tahu placement tuh tahu 16th March. So mcm mmg xtido lena laa 15th March tuu. Dlm sudut hati ni, berkata *ntah ya ntah tak result esok* then, pada hari terbabit, 16th March, pagi pagi lagi like 8am plus plus gitu ada msg from my classmate masa blaja dulu.. Dia kata kat website tak keluar lagi.. So i was like sleepy gila sbb tido mcm lena tak lena.. pun tido la sebentar.. Then, 2-3 hours later ada msg lagi kata nama kiteorg dah hantar kat IT department, so either today or tomorrow baru boleh check (16th / 17th March) Kagum gila saya dgn kawan saya tu. She is my girlfriend! Miss Lalitha, mmg bagus gila la dia siap call KKM sume. Then, after few hours ada lagi msg kata da boleh check. Masa dpt msg tu, saya baru keluar dari toilet.. Dapat bayangkan x kesejukkan air bercampur dgn rasa nervous da boleh check placement cane?? Haa, menggeletar tgn okay pegang phone. Takud nak check, tapi nak tahu.. Cane?? Haa, kena la gagah kan hati ni.. Check punya check! Fuhhhhh!!  dapat HKL siottt! Tak minta punnn. Tapi di sudut hati yang mmg ada berkata "kalau dpt HKL okay juga dkt dgn umah family,, kihkih.." Alhamdulillah.. Lega sgt! Sebenarnya saya minta Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sbgai pilihan pertama, Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya seterusnya. Tapi dpt HKL. Mungkin ada hikmahnya.. Hee, Tapi saya ttp happy. My husband pun happy. Dia sibuk duk tanya apa perasan bila dpt HKL bagai, padahal dia terlampau happy sbb tak yah fikir nak kena siapkan rumah kat bandar enstek tu cepat cepat. Hiihi..  Saya pun happy juga sbb ramai rakan rakan di tempat kan di tempat yg sana! Yay! Ayuh memeriahkan HKL, kalau stress keje kite stress sama sama okay, nangis sama sama, happy sama sama. Seronotnyaaaaaa~~ ^^




Tada! Abaikan kesalahan ejaan nama. Amirah jadi Imarah okay. Mmg I marah juga masa tgk nama salah. Tapi di sebab kan I happy, I tak kisah la. Haha!



Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers