Hihihi, kali ni saya nak update entri pasal Bandung. Bandung, Indonesia la.. Bukan mee bandung mahupun sirap bandung yaa. slurpppss~ nom nom nomm..
Ciri ciri budak gem gem mok. Dalam handbag banyak makanan. Haha. Ni masa tgh tunggu flight nak balik KL.
Baru baru ni, saya dengan Suamiku encik perfect 10, Faisal (haha!) pergi ke Bandung. Dengan niat untuk shopping kain dan jalan jalan cari makan semata mata. Jadi, dlm entri ni tade la yea tempat tempat yang menarik ke apa kami pergi melawat. Kami hanya pergi shopping makan, makan, makan dan shopping sahaja! :D
Sebelum memasuki alam pekerjaan yang sibuk, jadi saya berkeinginan membeli belah kain untuk buat baju pergi keje katanya. Haha, niat macam murni di situ :P Nasib baik kebetulan Suamiku encik perfect 10 ada offday 2 hari, dan dia pulang kerja awal pagi sebelum kami berangkat ke Bandung.
Kalau nak cakap pasal budget penginapan dan tambang, adalah lebih murah jika kalian plan, pastu beli berbulan awal sebelum nak pergi. Macam kiteorg ni plan last minit gila. So, tambang mahal sikit la. Nak buat cane, Suamiku encik perfect 10 busy keje pastu tade cuti. (nampak macam susah je nak taip Suamiku encik perfect 10 panjang2 .. haha, tapi ni copy paste jewwww. xkuasa i nak taip tu byk kali pnjg2)
Sebelum pergi ke Bandung, haruslah plan di mana nak tinggal. Book siap siap . Jangan da sampai sana baru nak cari hotel. Sebab mmg selalu penuh je hotel kat sana ( Pak David kata - supir kami di sana) Wahh, ada supir lagiii. Pastu, selain book hotel, book jugak la Pak Supirnya. Senang nak kemana mana nanti. Agak sukar kalau nak naik public transport kat sana. Kalau ada Pak Supir senang sangat, hihi.. dapat la fefeeling kaya gitu ada driver. Haha.
Day 1
Okay, kami pergi ke Bandung menaiki Malindo air. Sampai2 airport Pak supir da menunggu di ruang ketibaan dgn memegang kertas " Ibu Amirah" Haha. Kelaka je, "Ibu Amirah" pun bolehh. tak sempat nak ambil gambar Pak David tu sebab dia kecik, pastu ramai sgt Pak supir lain tunggu kat situ.. Yang nampak hanya tanda nama "Ibu Amirah". Hihi, sampai2 Pak Supir terus tolong bawa bag kami ke kereta. Dan harus lahh, sampai sampai kami makan dulu! Haha. Lapa okay, walaupun pagi2 da breakfast kuey teow goreng yang di masak oleh umi saya, namun tetap lapar bila tengah hari. Jadi destinasi pertama kami ada lah restaurant Nasi Padang Sederhana. Nyummy sgt!!
Haaa, banyak gila lauk diaa. Tapi, bukan kiteorg makan sume okay. Gila ke? Haha. Dia hidang je sume jenis lauk yang ada, kiteorg mkn apa yg kiteorg nak jeaa.. Nasi satu bowl tu habis kite 2 org makan. Itu baru gila! Haha. siapa suruh sedap sgt!
Lepas makan tu, kami terus ke Rumah Mode Factory outlet. Okay, memang murah murah. Ramai gila orang! Huhu. Jadi keinginan untuk shopping lama di situ terbantut. Beli beberapa kerat jea. kebetulan hari tu Easter Day, so public holiday kat sana. Dgn org Jakarta lagi datang sana. Memang sesak bangat! Lepas da beli beli barang tu, kiteorang pergi check in kat hotel. Pastu berehat sikit.. Lepas maghrib sambung keluar. Destinasi seterusnya Paris van Java Mall, ada Sogo, carrefour kat dalam tu. Besar gila. Lepas tu dalam dia ala ala the street kat the curve. Semua kedai macam the street. bukan macam shopping mall biasa. Cantik juga. Kiteorang pergi situ saja je jalan jalan. Pastu nak borong sambal terasi kat Carrefour dia. Haha. habis la satu rak tu kite org beli sambal terasi dia. Buat stock kat rumah dan utk ahli keluarga yang lain. Kebanyakkan barang barang dia murah 50% dari kat Malaysia. Contohnya macam Ellips hair vitamin, pencuci muka. Haa, product shiseido pun murah berpuluh ringgit. Hihi.. Dah alang alang kat sana, apa lagi, memborong je la. Haha. Lepas abis beli barang2 tu kite org pergi dinner kat Stone Cafe. Sebenarnya Pak David nak bawak g tempat lain, tapi ttba tempat tu tutup. So, dia bawak pergi Stone Cafe ni.. Kat atas bukit boleh nampak bandar Bandung. Mula mula dia kata tempat tu cantik tapi makanan di kurang sedap berbanding tempat yg dia nak bawak tp tutup tu.. Tapi, bila kiteorg makan, sedappp jea rasa.. Ntah macam mana agaknya rasa kat kedai yang tutup tu kan? Mesti sedap gila.
Tempat ni cantik sangat okay! Macam santai gila. Kalau dah kekenyangan sangat tak boleh nak bangun boleh tidur sekejap di situ sbb da di sediakan bantal. haha. over! Okay, lepas makan kiteorg balik ke hotel. Penat da nak jln2 lagi pun keesokkan harinya nak shopping kain.
Day 2.
Pagi2 gila da bangun, pastu da siap siap pergi breakfast. Kiteorg kena keluar pagi2 sbb takut nanti sesak ramai orang. So, breakfast dulu kat hotel, pukul 8 pagi macam tu Pak David datang ambil.
8 pagi da terang gila okay. pukul 6 pagi pun sebenarnya da terang. Licin pinggan tu! amboih.
Pastu, kami ke Pasar Baru. Kat sini la selalu org beli telekung laa, kain2 lace, cotton dan berbagai2 lagi! Rezeki kiteorg macam mmg niat nak cari kain cotton, sampai sampai sana kedai pertama yang kiteorg singgah bagitahu kat mana kedai yang jual kain cotton cantik2 dan murah! berkualiti okay. Tapi masa tu kedai tu tak bukak lagi, dia buka dalam pukul 930 camtu, so kiteorg jalan2 dulu tengok kedai lain..Macam rambang mata gila. Kalau saya kat KL g jakel boleh macam berjam jam dlm Jakel macam kena rasuk hantu kain.. Cuba bayangkan kalau kat Pasar Baru ni macam mana?? Sampai kul 830 pagi mcm tu.. tak sedar sampai tengah hari kiteorg duk dalam Pasar Baru tu. Tu pun tak habis pusing sebab bila da tengah hari ramai gilaaaaaaaa orang! Jadi, nasihat saya kalau nak dtg Pasar baru kena pergi 2 hari, pagi sampai tengah hari, pastu sambung esok pagi smpai tgh hari jugak. kiteorg smpat pusing level 2 dan 3 camtu jea. yang level lain sekadar berjalan xsinggah sgt.
Lepas tu kiteorang pergi makan tengah hari. Penat gila da, tak larat nk pusing2 lama kat dlm Pasar Baru tu. terlalu sesak. Nasib baik motif nak beli kain kat situ da tercapai. Haha. Hari ke2 ni hujan, so mcm kiteorg tak boleh nk g jalan sgt kat luar tu. Lepas mkn tgh hari, Pak David bawa jalan2 pusing bandar Bandung. Nyaman sgt rasa sbb kat sana banyak pokok besar besar! Pak David kata setiap rumah yang ada pokok tu tak boleh tebang pokok dia. Kalau tak kena denda bayar harga rumah campur harga pokok tu. Pokok tu mesti mahal gila sebab da beratus tahunn kottt! Kagum!
Waktu malam kiteorg makan Bakso. Serious sedap okay! Lain dgn Bakso yg jual kat Malaysia. Haha. Ada satu kedai bakso kat Malaysia ni selama ni saya rasa sedap, tapi lepas rasa Bakso kat Bandung tu terus lupa kedai bakso kat Malaysia. Haha. Nama kedai tu BMK (Bakso Malang Kapitan) Nama macam scary sikit. Haha, tapi, nama tu Pak David kata berdasarkan nama tempat. Lepas makan kiteorg pusing2 lagi bandar Bandung tu. Pastu balik hotel. Penat gila! sakit pinggang segala!
Day 3.
Last day kiteorg lat Bandung. Lps breakfast, kiteorg pergi beli snack kerepek pisang & pisang cheese dkt Putera snack, pastu Kartika Sari beli brownies. Pastu jalan2 lagi kat bandar Bandung, singgah kat jalan Braga beli lukisan sikit. Kerepek tu sedap gila okay, da makan tak boleh nak stop. tu yang dalam handbang ada bekalan tu (gamba plg atas) haha. bila sampai Malaysia rsa rugi gila xbeli banyakkkk!
The end!
Sekian terima kasih :)
No comments:
Post a Comment