Tuesday, April 13, 2010

Perempuan simpanan

Mistress; a woman who has a continuing, extramarital sexual relationship with one man, esp. a man who, in return for an exclusive and continuing liaison, provides her with financial support. a slave.

ohh i like the slave part :P

Tahukah anda apa yang di maksudkan dengan perempuan simpanan? Hmm, di sini saya seperti biasa akan membuat spekulasi sendiri mengenai maksud perempuan simpanan tanpa merujuk mana2 kamus dewan :D ini kamus diri saya sendiri. ahaks!

Okayh, pada pendapat saya, perempuan simpanan bermaksud macam perempuan yang hanya di perlukan apabila perempuan utama tidak dapat memenuhi apa yang si lelaki (yang tidak reti bersyukur dan menghargai apa yang telah mereka dapat). Ala, saya tahu ayat saya memang agak berbelit, sebab tuh saya menolak minat untuk menjadi seorang pengajar a.k.a cikgu, kerana saya tahu saya memang tidak berbakat dalam menyampaikan apa yang saya ingin sampaikan. Senang cite anda translate kan maksud mistress tuhh. xpunnnnn... dalam erti kata lain la kan. cuba anda bayangkan begini sahaja. perempuan simpanan sama sahaja dengan pemain simpanan. oops~! faham x? ala, pemain simpanan yang duduk di tepi padang sambil berdoa agar mereka dapat menggantikan pemain utama untuk menunjukkan skill2 yang mereka ada. Tanpa menyedari, mereka tidak tahu mengapa mereka hanya di jadikan simpanan bukan yang utama. Sudah tentu lah kerana ada kekurangannya kann? itu bukan niat saya untuk mengupas apa yang kurang atau lebih nya. anda mungkin tertanya2 mengapa saya membuat cerita pasal perempuan simpanan ni? mengapa x buat cite pasal lelaki simpanan juga? a'ha! bernas sangat idea nak cerita pasal lelaki simpanan. haha~ lain kali jea la yea dek nonn pasal lelaki simpanan tuh. i'm now interested nak cite pasal perempuan simpanan sahaja! :)

okayh. seringkali kita mendengar cerita. (mungkin anda tidak selalu, tapi saya selalu.) si polan menggoda laki orang la, si polan menggoda boyfriend orang la. and what so ever. si perempuan simpanan ni hanya di tujukan kepada si perempuan yang mempunyai hubungan sulit dengan lelaki yang secara sah tidak sahnya bukan milik mereka. okayh. (berapa banyak okayh da nih..) hmm, alright, (haha,tuka alright pula :p) tentang si lelaki yang merupakan bf kepada sang gadis ni mempunyai perempuan simpanan, saya tidak begitu peduli sangat. saya lebih berminat si lelaki yang merupakan suami kepada si wanita, mahupun si suami merangkap si bapa kepada si wanita dengan beberapa orang anak mempunyai perempuan simpanan? what the fish? jup, bila baca balik ayat --saya lebih berminat si lelaki yang merupakan suami kepada si wanita, mahupun si suami merangkap si bapa kepada si wanita dengan beberapa orang anak mempunyai perempuan simpanan?-- macam saya berminat kat laki orang pula! wekkk~! tengok, saya tertinggal sepatah dua perkataan di situ. okayh, semula. pembetulan. saya lebih berminat menceritakan tentang si lelaki yang merupakan suami kepada si wanita, mahupun si suami merangkap si bapa kepada si wanita dengan beberapa orang anak mempunyai perempuan simpanan. haa, baru betul kan. ^^

haihhh~kasihan sekali kepada sang isteri dan anak-anak apabila si suami a.k.a bapa mempunyai perempuan simpanan. alright, mari ke tepikan cerita tentang si isteri dan anak2. saya nak cite pasal perempuan simpanan jea. kan da kata tadi.. haihh~ awak jangan nak bagi saya terpesonggg. haaa.

begini la yea. saya sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. hmm.. bagi saya, pada si lelaki yang berumur, yea berumur seperti anda seorang perempuan boleh menggelarkan diri anda sebagai anak kepada si lelaki tuhh la. perempuan simpanan kepada lelaki berumur seperti bapa anda mahupun pak cik anda, perempuan simpanan ini, mereka hanya mahukan kesenangan hidup. faham x? alaaa, kebanyakkan lelaki berumur yang bak kata pepatah rumah kata pergi kubur kata mari ni kan berharta. so, perempuan yang cheap cheap ni hanya mahukan kesenangan sahaja dari orang2 berumur tuh. apa orang panggil? sugar daddy? euww~ yea la, kalau nak di fikir secara logika kan, apa yang menariknya lelaki berumur yang saya ni kott2 boleh gelarkan mereka atuk lagii tuhh. mereka sudah2 tentu la tidak segagah matt damon (wait, matt damon tidak la tua. okayh, mari kita cari orang tua yang gagah)

--di malaysia...seperti tiada, luaskan kawasan ke---

--indonesia-tiada-

--thailand-tiada-

asean-tiada-

mari terus ke europe .. a'ha! ting!~ (ttba ada mentol) bruce willis!

umo dia lebih tua dari bapa saya!

hehe~ minta maaf, saya mungkin tidak mengenali sesiapa yang sebaya bruce willis kat malaysia ni untuk di jadikan contoh. haha!~ bruce willis tuh, sudah lebih dari separuh abad umo dia tapi masih berlakon menjadi hero, kerana mempunyai rupa paras dan susuk tubuh yang gagah. hakhak~ok, kalau bruce willis ada pompuan simpanan xmengapa, saya faham. dia femes, gagah dan kaya. tapi cuba anda bygkan si polan ni. yang kaya sahaja tapi tiada rupa, tidak lah femes malah nak kata gagah tuh, tergagap2 juga lah, apa yang si perempuan cheap cheap nih mahu? tentu tentu lah harta . kalau konon2 kata cinta, si lelaki tua nih memahami, matang and whatsoever alasan yang si perempuan cheap cheap ni bagi, tuh adalah sebab ke beberapa belas. ntah. sebab utama , kedua , ketiga dan keseterusnya adalah kerana wang! lihat sahaja dari mana kebanyakkan asal usul perempuan cheap cheap ni, sudah tentu di kawasan yang menyebabkan jika dia terbuka dengan segala2 kebendaan duniawi, mampu menyebabkan dia culture shock. itu nak ini nak. kesemuanya memerlukan wang bukan? jadi, si tua kerepot ini sahaja la yang mampu tergoda dengan layanan perempuan cheap cheap ni lalu menaburkan wang ringgit. ohh, tidak ubah seperti pelacur, namun ini pelacur kelas atasan kerana pelanggan dia sorang jea, bukan sebarangan orang kan.


alright, tuh pasal lelaki yang tua-tua berharta, yea la da perempuan cheap-cheap bagi, tak kan lelaki nak menolak kan? jika di ceritakan tentang yang tidak berapa nak berharta tuh pula bagaimana? sudah tentu2 la lelaki tuh tidak sedar diri. ala, dia mesti menggunakan harta bini dia, kalau x harta bini dia pun sudah tentu wang simpanan untuk masa depan anak2 dia. haihhhh~ hebat kan kuasa perempuan simpanan tuhh? yea la, xbulih salahkan perempuan sahaja, lelaki pun salah. orang kata kalau tepuk sebelah tgn xkan berbunyi kannn? tp perempuan tuh sendiri x fikir ke naseb perempuan yang satu lagi, si isteri tuhh? kenapa mereka fikirkan tentang diri sendiri jeaa? padahal banyak lagi lelaki single yang hott-hott kat luar sana tuh, laki orang juga yang kau kejar kan. mungkin sebab lelaki2 hott-hott tuh x pandang diaorang yang cheap cheap nih kott, hanya orang yang da nak expired jeaa la yang pandang mereka. ahaks!~ :P

hmm, selain dari lelaki2 tua ni, lelaki pertengahan nak menjadi tua punn tidak kurang hebat nya, mahu juga mempunyai perempuan simpanan, macam trend pula kan. hahaa~macam konon2 asset pula. perempuan simpanan yang mengejar lelaki2 khususnya suami orang yang bukan dalam kategori tua, kira adult la okie not elderly :p ngeh~ ha, perempuan begini mmg memandang rupa juga, dan mungkin kematangan lelaki tersebut. bonus! jika lelaki tuh adalah orang kaya!~ walaupun begitu, sila ingat perempuan simpanan akan kekal menjadi simpanan. yeaa, hanya di gunakan bila perlu. kalau x perlu, simpannnn jea :D itu la nama dia perempuan simpanan. jadi, para isteri-isteri mungkin memang mudah untuk saya katakan ini, anda tidak perlu tergugat dengan perempuan simpanan yang cheap cheap tuhh. kerana kelas anda lebih tinggi dari mereka. jadi,sila abaikan perempuan simpanan yang hanya akan terus menjadi simpanan.. mereka hanya akan bernasib baik jika suami anda mahu mengahwini beliau. itu pun menjadi yang ke-2, ke-3 atau ke-4 mungkin lebih dari tuh. erk, boleh ke? :P just remember that u r number 1 with ur own high class status ;) wahhh~ saya menjadi pembela nasib wanita teranaiya dengan sikap lelaki yang tidak reti bersyukur dengan apa yang mereka ada ke? haha~ jeng jeng jeng.. jika anda di cerai kan, itu lebih bagus! lelaki tersebut bukan orang yang baik untuk anda kerana anda deserved yanggg TERBAIK! betul ni.. xtipu. kalau setakat lelaki lupa diri tuh, cehhh~ bersepahhhh. jadi anda memerlukan orang yang exclusive yang xbersepah maksud saya :) hee~

pasti anda tertanya-tanya mengapa secara tetiba saya post entri sebegini? haa! senang sahaja jawapan itu. siang tadi saya tengok siri ulangan awan dania. kesian si mak cik ni mengekori suami dia yang konon2 outstation kata ada meeting, tapi rupa2nya berfoya-foya dengan perempuan simpanan. ish3~ kesian mak cik tuhh. tuh yang saya ttba nak cite kat sini.. lepas ni saya akan cerita ttg perempuan yang suka nak menjadi orang ke-3 dalam perhubungan kekasih pula yea ;)

okayh la tuhh, alangkah bagusnya kalau la tesis saya dapat menaip sebanyak ni. hahaa~ adehhh -_-' tesis.. tesiss..


THE END

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers