Tuesday, May 24, 2011

Insidious


Assalamualaikum semua! :D Hi!

Okayh, tajuk entri ni agak familiar .

Yea saya tahu, memang familiar .

Tajuk film yang sedang di tayangkan di pawagam-pawagam berhampiran kan?

Haa, betul lah tuh. Jadi, adakah entri ni berkaitan dgn film tuh?

Absolutely!


Saya macam tiba-tiba rasa nk jadi pengulas film pula :P
Ye la, memandangkan saya perlu keep awake sepanjang hari ni dan tidak tidur siang untuk mengelak malam berjaga,
jadi haruslah saya mencari apa yang boleh di lakukan untuk mengisi masa-masa yang ada :)


Saya da tengok da cite ni semalam kat Alamanda,Putrajaya.


Amboi, awat sampai ke Putrajaya dek non?


Hmm, sebabnya saya mempunyai urusan di MMC
berkaitan dengan masa depan saya nanti. huhu.

So, tanpa membuang masa .
Saya tahu anda pun bukan rajen dan kesah nk tahu sgt pon :P
Jadi saya terus straight ke cerita ni la yea.
Saya janji tak bagitahu ending dia even korang boleh google pon :P

Pada peminat cite seram, sila lah g tengok.
Saya dulu memang minat tgk cite2 seram ni.
Tapi, sejak tengok cite Paranormal 2 tuh, haihh~ takuddd tau!
macam phobia tiba2.
Bila nak tidur mcm terkenang cite yang di tonton tuh.
Macam cite insidious ni pun, mmg terkenang ,
terbayang jugak la sebelum tidur.
Mujur tak mimpi ngeri semalam.
Nak saya rate cite nih?
Saya ni kedekut sikit nak bg bintang-bintang ni.
3 n half boleh?
Cite ni mcm best tapi sebab perasaan takud menyelubungi diri,
jadi 3 n half sudah la dari 5 bintang okayh?
Serious seram , sampai mmg akan terjerit2 la.


Haha.



Okayh, jangan khuatir kenapa saya haha.
Saya tidak tipu.
Ini serious.
Saya haha sebab teringat peristiwa di dlm wayang tuh jea .
:P



Saya tengok cite ni smpai tutup mata dgn tangan ,
tapi nk tengok jugak, so bukak sikit jari2 tengok dr celah2 jari jeaa.
Pastu sebab takud sangat dengan sound effect,
saya bukak mata tapi tutup telinga.
Bia nampak asal jgn dengar.
Kalau tak nnti terjerit :P




Cerita ni pasal roh budak kecik yang comel
bernama Dalton keluar dari badan ketika tidur,
pastu tak dapat kembali ke dalam jasad dia balik sebab roh dia pergi terlalu jauh dan terperangkap.
Pastu roh2 jahat nak masuk dlm jasad si Dalton ni.
di sebabkan roh dia tak dpt kembali ke jasad dia,
Dalton ni jadi macam dlm keadaan koma.
Tak sedarkan diri berbulan-bulan lamanya.
Yea la, ada jasad jea, tapi tak de roh kan.
Sementara tuh, banyak gila gangguan jahat kat rumah family dia.
Yang itu seram!
Banyak sangat roh merayau2 dlm umah Dalton.


Pastu nak tahu apa terjadi?
G la tgk kat wyg! Haha.
tak pun g la beli Dvd ke, Donlod ke :P



Kat sini ada trailer dia saya sertakan :



Okayh, saya memang x pandai nk bercerita sebenarnya.
Sebab tuh cite separuh jalan jea. Haha.


Kthxbye.




p/s:Ada satu malam tuh kiteorg berjaga tengah2 malam. Pastu lapar gila. Macam ngantuk tapi nak makan. ingat nak order McD, tapi takud lambat dan tertidur. So tak order la. yang si piah(Sofia) ni nak jugak McD, so dia suh jgk saya order, tapi saya mls dan cakap " alaaa, nak tidur jea la. esok mangun baru makan" pastu piah cakap" nanti kan masa tido roh kau jalan2 g cari makanan, pastu makan sampah2 tepi jalan" okayh. saya mmg xterpengaruh ke-psycho-an dia lalu terus nak tido :p tapi dia pulak g masak kan, tba2 saya mgun dan terus meminta sedikit mknn yg dia msk tuh :p the end.

Sunday, May 22, 2011

Keputusan.

Decision .

Motif tajuk bahasa melayu tiba2 bahasa inggeris ni kenapa? :P

Hmm.

Dlm kehidupan kite, terlalu bnyak perkara yang memerlukan kite membuat keputusan.
Tepat atau tidak keputusan itu hanya akan di ketahui
apabila hasil dari keputusan yg di lakukan tiba di suatu saat yang entah bila kite pun taktahu. berdasar kan kesinambungan belog mentality,
saya telah mengambil keputusan utk tidak masuk campur
kerana saya percaya Allah S.W.T akan menunjukkan kebenaran pada pihak yg teranaiya.
Di harap si polan nih bersabar.

Hehe.

Ada dua org sebenarnya mengalami situasi ni.
Kepada dua2 org tuh, tak kesah la siapa pun munken ada hikmah di sebalik semua tuh.
Cekal okayh :)

Sekian .


Saturday, May 21, 2011

Mentality

Assalamualaikummm.

Hi kawan-kawan. Okayh, tiba-tiba saya rasa nak meluahkan kat blog pula apa yang terpendam. Haihh, berat tau. berat. Entri hari ni sangat bersangkut paut dgn entri sebelum ni.
Hmm, saya masih tidak memberitahu si gadis yang merupakan teman wanita kepada si lelaki yang curang itu.

Kenapa?

Ha, persoalannya kenapaaaA??!

Ini adalah kerana tajuk entri ni. MENTALITY.

Apo ko bondo eh tuh?

Haha. kelakar pula bila menaip mcm bahasa nogori.
Olryte, Mentality adalah pemikiran. Cara pemikiran masyarakat, orang2 awam amhupun bukan awam .

Erk.

Hmm, saya memang tidak matang dalam membuat keputusan dan sering meminta pendapat dari orang sekeliling.
Tak kira la ibu ke, kawan ke, adik ke, org yang tak bape nak kenal dari facebook tuh ke, janji saya akan tanya pendapat orang lain dahulu.
Adik saya yang kecik sekali umur 7 tahun tuh pun penah membuatkan keputusan untuk saya dlm memilih accessory yang seswai.
COMEL kan?! hihi. :P


Sebenarnya dengan meminta pendapat orang lain, saya akan dapat melihat dari pelbagai sudut yang saya tak nampak, sudut2 yang tersorok. Wahhh gitu.
Dengan adanya pendapat dari pelbagai pihak, tiba2 saya akan menjadi celik.
Namun, keburukkan dgn meminta pendapat2 dari ramai orang, ini membuatkan saya konfius! Amat konfius. Ye la, mana tak nya yang belah sini kata mcm ni, yang belah sini pula kata mcm tu, mana nak ikut ni?
Kata dari pihak saya sendiri? hmm, mmg berat. susah nk berkata-kata. Kelu makk!



Kesinambungan dari entri sebelum ni. Kalau ikut kan diri saya sendiri, memang nak jeaaa saya bagitahu. Tapi saya hold dulu dan mintak pendapat org-org sekeliling
"what if this kinda things happen to u" .
Adaa yang kata bagitahu jea kat dat girl!
Olryte, secara terus terang, sebagai seorang perempuan, mmg saya nak bagitahu.
dan saya sendiri berharap if menda ni terjadi kat diri saya (mintak di jauhkannn), akan ada someone yang berani bagitahu kebenaran kat saya.

TAPI!

yea, tapi ye. saya takud untuk memberitahu sebab saya takud memecah belahkan hubungan mereka. Saya tengok mereka mcm tade mslh. Dari luaran la, tak tahu la dari dalaman.
Saya takud mcm that guy just nk berfoya-foya jea dgn pompuan laen dan bukan serius pun.
Bak kata saya seperti dalam entri sebelum2 ni tajuk:perempuan simpanan tuh.
Maybe, pompuan tu macam bukan utk di buat bini pun sbbnya this guy memang merancang utk mendirikan rumah tangga dgn teman wanita dia tuh, dan bukan dgn teman simpanan dia kot. Haihh~ tapi dari sudut lain, saya takut menda tuh melarat2 dan ... ntah.
Macam melebih2 pula pemikiran saya ni :P hihi.


Ada juga yang kata tak perlu bagitahu, elakkan dari menjaga tepi kain orang.
Haihhh~
tapi, cuba fikirkan, kalau menda ni terjadi kat anda.
nak tunggu sampai org tuh tggalkan ke baru nk cakap
" sebenarnya dari dulu aku da tahu dia curang kat kau. "
tak ke rasa nak sepak jea bila dgr ayat tuh? macam kau da tahu tapi diam jea?
nak-nak bila menda ni terkantoi sendiri tanpa sesiapa bgtahu setelah sekian lama.
tak ke membazir masa jea mcm tup tup org tuh tggalkan kau dan pegi ke pompuan tuh? dan sebaliknya la.
kalau menda ni berlaku kat laki, pompuan tuh tggalkan kau, dan g ke laki yang lain. haa. dapat tangkap tak apa yang saya cuba sampai kan?
dan kalau bgtahu, nnty buruk jugak padahnya. haihh~


Jadi saya mengambil keputusan untuk berdiam diri buat sementara waktu.
White Flag.
Menyerah dari memikirkan hal-hal ni.
Sehingga satu saat, bila da fikir masak2 saya akan buat keputusan sendiri.
Tak lama pun seminggu jea boleh? :) Saya memang boleh bersabar menahan dari memberitahu. Tapi adakah si gadis itu dapat bersabar apabila saya memberitahu beliau?

Takud takud!!


Okayh, rasa lega sikit lepas luah kan kat sini.
Kalau tetiba rasa berat hati, susah hati lagi, saya luahkan je la kat sini okayh :)


terima kasih kerana membaca. kalau rajin sila la bagi pendapat.


Sekian :)

Thursday, May 19, 2011

Kantoi

Gotchaa! haa, apa kena ni? Sekarang saya dalam keadaaan yang sangat berbelah bagi.

Kenapa?

Sebab da KANTOI!!

Al-Kisahnya, adalah si polan ni. Bukan la teman rapat. Sekadar kenalan. Dia mempunyai teman wanita sudah. Dan saya pun kenal juga la teman wanita dia tuh. Kenal gitu-gitu jeaa. Mereka da lama bersama. Khabarnya sejak di bangku sekolah.

Okayh, so apa yang kantoinya? Berat nak cite tapi berat lagi memikul sorang2. So nak share la sikit.Si polan ni di dapati mencurangi si teman wanitanya. Fuhhh~

Okayh, memang la baru jea teman wanita, sedangkan suami orang pun ada skandal, ini kan pula setakat bf orang. Yea! memang. tapii. tak ke rasa sakit hati? Nak2 bila da macam lama gila bersama. Haih, ntah la. sebenarnya tak nak comment sgt. Sendiri mau ingat la kan.


So, masalahnya di sini. Apakah yang akan anda lakukan apabila anda telah menangkap perbuatan curang ni. Mcm anda telah mengantoikan diorang. Adakah anda akan memberitahu pada si teman wanita?




Aiyokkk. tak tahu.


Sekian, terima kasih.

ps: sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Monday, May 16, 2011

Hari Guru.


16th May.
Tarikh yang memang selalu sangat di kaitkan dgn para-para pendidik .
Hari Guru .

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia .
Terutama yang pernah ajar saya kat SK Taman Permata,
SK AU Keramat dan SMK Wangsa Melawati . .
tak lupa termasuk lah lecturers kat MSU .

Happy Teacher's Day for all my lecturer .
Words are never enough to thank you for everything that you do. :)

Saturday, May 14, 2011

Psycho .

Psycho atau ejaan bahasa melayunya psiko bermaksud seseorang individu yang mengalami tekanan mental atau gila. insane. It is hard to explain the real meaning of this word . if you guys check or search in google, the result will just shows psycho=crazy. that's the short meaning of psycho.

Okayh, kenapa dan mengapa saya buat entry psycho ni?


Ini adalah kerana pada masa ini, kecoh sangat lah cerita pasal orang yang simbah asid sesuka hati kat wanita2 di luar sana . setakat ni da 23 kes dan lelaki psycho yang melakukan perkara psycho tuh masih bebas . Menakutkan . Heh, rasa macam tak best cerita skema sangat. haha.

Saya tak faham kenapa lelaki psycho tuh mcm tade keje laen nk baling asid kat muka wanita2 yang dia pun tak kenal. Motif please?~


Tentulah tade, da kate psycho.


Korang tak penah tgk cite2 psycho kat tv tuh eh? Mcm cite Roommate la paling terbaru kat wayang tuh. Saya pun tak penah tgk cite tuh lagi. hHaha. tapi dari preview movie tuh pun da tau yang roommate dia psycho .

Agaknya kalau orang yg simbah asid kat muka wanita2 yang da jadi mangsa tuh da kena tangkap, pasti tiada hukuman berat di kenakan. sebab? dia gila!! Paling-paling pun masuk wad psychiatric jea.Kasihan si mangsa yang tak semena-mena menanggung parut kerana asid tuh. Lebih teruk lagi hilang penglihatan akibat terkena asid. Memang tidak adil kan?? Geram sangat! Adalah lebih bagus jika orang awam, lelaki2 gagah yang dpt tgkap si psycho tu dulu sebelum polis tangkap dan bawa ke muka pengadilan.

Kenapa?

Boleh la si psycho tuh kena pukul-baling dengan asid pula kat dia. tengok macam mana pegi kan.



Okayh, tuh psycho yang terang-terangan. Pasti 1 dalam 100 orang antara yang korang kenal pun psycho jugak. Percayalah! Memang wujud orang psycho tapi tak la sampai mcm nk simbah asid atau membunuh. Cuma dia light-light jea. Macam?? Saya!! Muahahahahahahah~ gelak psycho ni :P


Haha. Okayh la, saya da ketandusan idea nak menaip . Makin tua, makin kurang idea. Alahai, tua sangat la kan :P Alasan tak munasabah.

Malas atau memang tidak berbakat?

Ntah.

Biar anda sahaja yang menentukan :P heheh. tadaaa!


Sekian Terima Kasih.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers