Saturday, May 21, 2011

Mentality

Assalamualaikummm.

Hi kawan-kawan. Okayh, tiba-tiba saya rasa nak meluahkan kat blog pula apa yang terpendam. Haihh, berat tau. berat. Entri hari ni sangat bersangkut paut dgn entri sebelum ni.
Hmm, saya masih tidak memberitahu si gadis yang merupakan teman wanita kepada si lelaki yang curang itu.

Kenapa?

Ha, persoalannya kenapaaaA??!

Ini adalah kerana tajuk entri ni. MENTALITY.

Apo ko bondo eh tuh?

Haha. kelakar pula bila menaip mcm bahasa nogori.
Olryte, Mentality adalah pemikiran. Cara pemikiran masyarakat, orang2 awam amhupun bukan awam .

Erk.

Hmm, saya memang tidak matang dalam membuat keputusan dan sering meminta pendapat dari orang sekeliling.
Tak kira la ibu ke, kawan ke, adik ke, org yang tak bape nak kenal dari facebook tuh ke, janji saya akan tanya pendapat orang lain dahulu.
Adik saya yang kecik sekali umur 7 tahun tuh pun penah membuatkan keputusan untuk saya dlm memilih accessory yang seswai.
COMEL kan?! hihi. :P


Sebenarnya dengan meminta pendapat orang lain, saya akan dapat melihat dari pelbagai sudut yang saya tak nampak, sudut2 yang tersorok. Wahhh gitu.
Dengan adanya pendapat dari pelbagai pihak, tiba2 saya akan menjadi celik.
Namun, keburukkan dgn meminta pendapat2 dari ramai orang, ini membuatkan saya konfius! Amat konfius. Ye la, mana tak nya yang belah sini kata mcm ni, yang belah sini pula kata mcm tu, mana nak ikut ni?
Kata dari pihak saya sendiri? hmm, mmg berat. susah nk berkata-kata. Kelu makk!



Kesinambungan dari entri sebelum ni. Kalau ikut kan diri saya sendiri, memang nak jeaaa saya bagitahu. Tapi saya hold dulu dan mintak pendapat org-org sekeliling
"what if this kinda things happen to u" .
Adaa yang kata bagitahu jea kat dat girl!
Olryte, secara terus terang, sebagai seorang perempuan, mmg saya nak bagitahu.
dan saya sendiri berharap if menda ni terjadi kat diri saya (mintak di jauhkannn), akan ada someone yang berani bagitahu kebenaran kat saya.

TAPI!

yea, tapi ye. saya takud untuk memberitahu sebab saya takud memecah belahkan hubungan mereka. Saya tengok mereka mcm tade mslh. Dari luaran la, tak tahu la dari dalaman.
Saya takud mcm that guy just nk berfoya-foya jea dgn pompuan laen dan bukan serius pun.
Bak kata saya seperti dalam entri sebelum2 ni tajuk:perempuan simpanan tuh.
Maybe, pompuan tu macam bukan utk di buat bini pun sbbnya this guy memang merancang utk mendirikan rumah tangga dgn teman wanita dia tuh, dan bukan dgn teman simpanan dia kot. Haihh~ tapi dari sudut lain, saya takut menda tuh melarat2 dan ... ntah.
Macam melebih2 pula pemikiran saya ni :P hihi.


Ada juga yang kata tak perlu bagitahu, elakkan dari menjaga tepi kain orang.
Haihhh~
tapi, cuba fikirkan, kalau menda ni terjadi kat anda.
nak tunggu sampai org tuh tggalkan ke baru nk cakap
" sebenarnya dari dulu aku da tahu dia curang kat kau. "
tak ke rasa nak sepak jea bila dgr ayat tuh? macam kau da tahu tapi diam jea?
nak-nak bila menda ni terkantoi sendiri tanpa sesiapa bgtahu setelah sekian lama.
tak ke membazir masa jea mcm tup tup org tuh tggalkan kau dan pegi ke pompuan tuh? dan sebaliknya la.
kalau menda ni berlaku kat laki, pompuan tuh tggalkan kau, dan g ke laki yang lain. haa. dapat tangkap tak apa yang saya cuba sampai kan?
dan kalau bgtahu, nnty buruk jugak padahnya. haihh~


Jadi saya mengambil keputusan untuk berdiam diri buat sementara waktu.
White Flag.
Menyerah dari memikirkan hal-hal ni.
Sehingga satu saat, bila da fikir masak2 saya akan buat keputusan sendiri.
Tak lama pun seminggu jea boleh? :) Saya memang boleh bersabar menahan dari memberitahu. Tapi adakah si gadis itu dapat bersabar apabila saya memberitahu beliau?

Takud takud!!


Okayh, rasa lega sikit lepas luah kan kat sini.
Kalau tetiba rasa berat hati, susah hati lagi, saya luahkan je la kat sini okayh :)


terima kasih kerana membaca. kalau rajin sila la bagi pendapat.


Sekian :)

No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers