Saturday, May 22, 2010

G.E.m.U.K :)

aqilah : kak sofia, kak sofia kena makan banyak-banyak. bagi gemuk.

sofia : kenapa nak kena bagi gemuk?

aqilah : yelah, gemuk tuh cantik, comel. cute.

mira & sofia : macam siapa?

aqilah : macam umi.

umi: ?? pandai lahh qila.

hahaha~ comel jea qila ni taww!

okayh, ni pembukaan cerita tentang gemuk okayh. err, kalau anda terasa perkataan gemuk itu terlalu kasar, sila buat-buat x nampak dan anggap saya menulis tentang badan yang besar. apakah tujuan saya ini? ohh, tiada apa-apa. saya sebenarnya da lame kott x update entri di blog ni, tetiba terdapat idea pula selepas dengar dialog di atas. :) umi saya, a.k.a ibu saya dahulunya amatlahh slim dan melim. seriously lebih slim dari saya. pinggang size 23 ke 24 ntah. sebab saya 25 kan, jadi saya anggap umi saya punya pinggang dulu lagi kecik lahh. sebabnya? haaa, sebabnya.. saya try pakai baju2 kurung lame umi saya tuh, baju nikah dia dulu, siot kot. agak ketat di bahagian pinggang -__-' bajunya juga mmg xmuat la. erk, bukan xmuat langsung, tapi agak sendat. jika di lihat pada gambar dia masa nikah dulu, baju tuh mmg bukan di cipta mengikut bentuk badan. umi saya pakai elok2 sahaja. xnampak ketat pun. jadi, apakah? saya gemuk? -__-' bukan itu yang saya kisahkan. hehh~ sekarang, umi saya memakai baju size L. jika dulu memakai baju mungkin extra small. tapi kini naik beberapa level. jadi, apakah nasib saya selepas beranak 5? jika sekarang size s, maka lepas beranak 5 mungkin naek ke extra L. duhh, umi saya sedang berdiet untuk menjaga kesihatan beliau. bagus! every weekend dia g jogging. pernah jugak dia mengajak saya g jogging, namun, kini dia xde ajak da. mungkin sebab dia memahami bahawa memang anak dia nih xmungkin mangun pagi lebih2 lagi untuk ber-jogging. heh. xpe, saya menyokong hasrat umi saya berdiet dari belakang sahaja :D kan umi :P hehe.

eyh, motif entri kali ni masih belum jelas. apakah? pada para2 lelaki, saya yakin anda pasti selalu mendengar rungutan teman2 gadis macam "eyh, aku da gemuk la. da naek 2 kg!" eleyh, berat asal 45kg, kalau naek 2 kg jadi 47kg la. alahai. ape lah sangat berat 47 kg tuh kalau kau tinggi melebihi 155cm kott. itu mcm memang BMI kau normal range kot. so jangan risau melampau okie. (ni pesanan untuk diri sendiri) heh.lain la kalau tinggi 158.5cm, memang underweight okayh.itu adalah saya. sila sedar amira. underweight. xya nak kata kau gemuk, kau cuma buncit. haha~ jup g kang xpasal2 ada org terasa :P hmm, saya tahu macam saya sendiri punn merasa kan ada bahagian2 badan khususnya tummy, memang buncit. memang padan punn la sebab x jaga makan kot. xpun sebab makan selang seli dengan menum air. dee~ memang perut saya selepas makan akan kelihatan seperti ibu2 mengandung yang menantikan kelahiran anak pertama. eyh, kenapa anak pertama? heh, sebab muda lagi, xkan orang awam nk ingat saya mengandungkan anak ke6 kott -__-' okayh, jadi, dengan ini, saya berazam untuk membuatkan diri saya fit! tiada lebih-lebihan di sana sini untuk mendapatkan kepuasan hati agar kawan2 di sekeliling saya tidak akan mendengar lagi rungutan saya yang konon2 banyak lemak. yea, memang saya "banyak lemak" itu kata umi saya sebab saya ni macam-macam. haha. nak air milo pun suh umi buat, ngade kan :P jadi, apa yang perlu saya lakukan bagi mengatasi masalah saya itu, apakah azam saya? saya berazam, mulai saat ini, saya akan membuat sit up sekurang-kurangnya 10 kali sehari :D 10 kali jea? mana cukup! erk, memang xcukup. dulu masa saya kat kelas tae kwan do buat 100 kali kott! erk, itu dulu okie, masa umur 14 tahun. bape lame da kott x berjinak2 dalam dunia sukan ni. jadi, kite mula kan sikit2 dulu. lame2 naek kan 10 lagi menjadi 20.kan? hmm, amaran . kepada sesiapa yang mahu memulakan senaman, yang mungkin telah lame tidak di lakukan, pada pertama kali, jangan memulakan senaman tersebut dengan terlalu keras. maksud saya macam,kalau nak mula kan ber-jogging, jangan tetiba terus berjogging 20 kilometer kan. macam teruk la nnty otot2 anda tuh kekejangan. paling xpun terkoyak mana-mana tendon ke kann. haaa, takud x? jadi, berlari la setempat dulu :P heh. warm up dulu. sebagai permulaan, mulakan dengan 3 kali pusingan padang bola :) okayhh! jadi, selamat mencuba! kepada saya, semoga berjaya. harap2 ini bukan hangat-hangat tahi ayam yea :)

the end

2 comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers