Thursday, November 25, 2010

Diri saya Part 2.

Hai, bertemu lagi kite yea?! Dalam episode sebelum ini ... (waah~ ala-ala drama u ols, siap nak review balik apa yg ada dlm part 1) saya menceritakan tentang biodata diri sikit-sikit dan latar belakang sekolah. Jadi, dalam part 2 ni nak smbung la kan apa yang patutt :D Hmm, mari lah bersambung cerita tentang saya tanpa membuang masa. Sebab da lama sangat ni tak update, so tanpa membuang masa lagi. Ayuh!


Lepas abis SPM, sementara nak tunggu result keluar tuh ramai sgt kawan2 kerja part time di mana2. Yang saya ni nak bekerja, tapi xreti. manja sangat! Pastu akibat kebosanan kat rumah, saya pun kata la nak belajar. Lalu amik la short course kat PTPL KL CENTRAL tuh. Belajar communication skill dengan Computer. Masa zaman saya dulu, haih, IT? memang buta sangat! Kat sekolah ada kelas computer, tapi, ponteng sesajaaaa. Malas okayh. Kalau kat rumah tuh ada computer, yang saya reti buka paint, lukis2. saya mmg minat sangat melukis-lukis nih. Setiap tahun, kat kelas tuh, walaupun da ada jawatan pengawas, tetap di lantik jadi ketua keceriaan kelas okayh. Memang menang la setiap minggu. ecehh~ x juga. berebut award dgn kelas lain juga. Tapi, kerap juga la menang. dengan bercampur tangan dengan kawan2 yang lain yang kreatif, memang meletop la gabungan kami. mcm stacy dan adam. So, berbalik pada cerita tadi. haa, nampak x di situ org lain sibuk bekerja, saya sibuk nak pergi belajar? Nampak tak sifat kerajinan saya tuh? *RAJIN lah sangat kan* haha. Lepas result SPM kuar, UPU kuar , matriks juga keluar. Saya terus smbung pengajian di IPTS. Kenapa? Xdapat ke UPU? Dapat tuh dapat, tapi ada ke patut dapat course yang saya memang x minat sangat? Macam course yang entah aku xpenah apply punnn. Masa tuh saya nak sangat jadi ahli forensic. Siasat2 kes bunuh, bedah mayat segala. Dah masa sekolah amik aliran sains, saya x minat nk sambung aliran lain selain sains. Nak nak masa yang terluang selalu tgk tv, cite CSI lahhh memanjang. So dengan pengaruh yang kuat CSI tuh saya tertarik nak jadi ahli forensic.Maka, IPTS jea la tempat saya mengadu domba. Course forensic masa tuh saya survey3 ada kat KDU College. Memang tidak lah akan saya belajar di sana. Tempat itu membuatkan saya rendah diri dengan yuran yang mak aih . Jadi, tidak tahu mengapa, saya terus berurusan dengan PTPL juga. Sbb sblm tuh da amik short course kat sana, ingat nak amik Diploma Medical Lab. Tapi, bila nak g register kat PTPL tuh, boleh x dia cadangkan amik Medical Science? Foundation la tapi. 1 tahun jea. Katanya, mudah. Tidak membazir masa la bagai sebab abis 1 tahun boleh sambung degree. Boleh jadi doctor juga katanya. katanya laaaaa kan. So, saya amik Foundation in Medical Science dan sambung Bachelor in Medical Science. Memang tidak lah membazir masa. Tipu ! Huhu~ Masa saya telah terbazir sejak smbung Bachelor lagi. Sudah la masa itu course Bachelor in Medical Science (BMS) ni tak di iktiraf. so setahun masa start tuh, memang belajar subject yang entah apa-apa. Tapi, dengan kegigihan saya. Nampak tak? Nampak tak kegigihan saya? Haaaa, dengan kegigihan saya, sambung je terus sampai tahun terakhir, baru lahhhhh nak ada pengikhtirafan dari MQA. Mungkin takdir saya kan untuk terus belajar di MSU. What to do . Kalau saya dan kawan2 tak belajar kat situ, siapa lagi yang nak belajar kat situ? Kan?Adik2 junior patut bersyukur sebab kami yang 1st batch ni membuatkan adik2 junior belajar dgn adanya kelulusan MQA. eh, ye ke? bantai saja :P Haha, lepas ni pun smbg lagi MBBS kat MSU, nampak tak kat situ betapa panjangnya jodoh saya dengan MSU? Doakan kebahagian kami yeaaa.


Jadi sementara nak tunggu smbung belajar next intake tahun depan, saya telah mencari keje . melalui rakan sepermainan masa kecil (kecil la sgt. haha) iaitu Luqman, saya dpt keje part time di Pedro, Klcc. Kedai kasut eh. saya mmg sukaaaaaaaaaa sgt kasut. Tanya lah Faisal kalau tak caya. Kalau tak caya lagi tanya mak saya, dia asek complaint jea bila saya asyik beli kasut. Tapi, kalau nak ikut kan asyik tuh, xde la sebulan sekali ke apa. jarang juga la. mcm 3 bulan tak pun 4 bulan sekali jeaa kottttt. Kalau boleh, memang nak sgt la beli sebulan sekali, tapi.. saya mmg tak bkerja tak kan nak pow duit org pula kan. hahaha. tapi, saya kerja kat pedro tuh 3 hari jeaaa. sbb saya on-call punya part-timer. bila di perlukan jeaa dia pggl. huhu~ So, disebabkan mcm bosan sgt xde keje bila tidak dipanggil, saya berhasrat (berhasrat kau) untuk mencari kerja lain, maka saya g la cari kat tmpat yang dekat dengan rumah, iaitu wangsa walk. hehe. dulu penah mintak kat celebrity fitness, tapi dia tak amik part time, so bila tghhh sgt free sementara nk tunggu smbg blaja, saya apply sekali lagi kat celebrity fitness tuh... dan alhamdullilahhhhh sgt dapat :D tidak la lagi saya kebosanan. hehe. Dann keje di situ sgt best! staff dia mmg sgt suka bantu membantu, friendly lahhh kan. Environment dia happening, siap tahu tak, first time okayh saya tgk cleaner nyanyi lagu rihanna. yang i love the way you lie? tuh. mak cik mak cik pula tuhh. gempakkk lah. hahaha. mana tak nya lagu tuhhh setiap hari di mainkan, mmg la hafal mak cik tuh kannn.comel tau cleaner tuh. Pastu semalam lepas abes work out, nak siap2 g keje, terdengar lagi mak cik cleaner tuh nyanyi lagu Simple Plan. Perghhh~ Tergamam i. Sebelum ni saya pnah juga keje kat Secret Recipe Bukit Jelutong, tapi kejap jea la. haha. Penat okay. Mengada nak keje smbil blaja la konon. Pastu penat, kelas ntah ke mana :P haihhh~ okayh, abes da part blaja dan kerja.

So sekarang masuk lahh part makanan/minuman dan aktiviti kegemaran. waaah~ macam biodata pula kan? Masa sekolah kecik2 dulu suka gila mcm buat biodata2 ni.. Siap hias cantik2 pastu bagi kawan2 , cikgu2 punn turut di minta buat biodata. Nasib tak bagi gad skolah jeaa buat jugak :P Okay, saya suka makan, tapi xde la mcm suka sangat. Ada la mAsa2nya. Kalau dalam sebulan tuh, ada masa2 yang jin dtg duduk dlm badan, keje nak makan jeaaa. padahal baru sejam dua makan, makan lagi. Kalau makan snack ke, menda ringan2 ke takpe.. ni berat2 okayh. Nasi all the time. Siapa yang mmg kenal rapat, duduk sekali dgn saya mmg dorg tahu la. Pnah kat kelantan tuh, ishhhh .. mkn sesaja. Makanan kat sana kat sedap, murah pula tuh.. memang tak berkira2 la nak makan. Namun di sudut hati selalu jea bimbang mcm, "eh, tak pe kalau kite bru jea mkn nasi, pastu xsmpai bape jam mkn lagi " tak pun "ish, kite rasa mcm da gemuk la. pakai seluar ni mcm sendat sikit" pastu kawan2 menafikan kesendatan seluar tuh, so rasa mcm tuh sume mainan perasaan dan tanpa rasa bersalah, makan lahh lagi. Ada pula masa2 yang saya makan mmg sikit sgt. Mcm nasi setengah pinggan da kenyang.. Haa, tu kebanyakkan masa la. Nasib baik ada org tuh boleh tlg abes kan :P Siap bila bdn dia naek nak slh kan org pula. siapa kah? jeng jeng jeng. Okayh, makanan feberet saya la kan, yang sedap n pedas. Masakan my mom. (gila jawapan ni mmg comel tau.terharu umi :P) Paling suka Tom Yam kat AU4, kat area umah ni . Pastu Tom yam kat Kelantan :D Pastu sizzling kat food court KLCC. Pastu kalau makan McD, suka set Big n Tasty. Dulu suka double cheese burger, tapi org kata apa? sedangkan pantai pun berubah, apantah lagi manusia ye dakkk? Haha .Lagi, roti telu cheese, nasi kandaq .. Haih, sejak g Penang hari tuh,tak abes2 lagi rasa nk mkn nasi kandar jeaaaa memanjang.. Pastu,saya juga suka makan chocolate, chipster, and vanilla ice cream! Okayh,sudah2 mls nk kupas psl mknn ni byk2 sebab tengah lapa. so, minuman? biasanya saya suka air mineral, teh o ais limau n coke. namun sekarang xminum da coke. segan lahh nk menum coke. haha. gila. bukan , sekarang da kurang kn menum air berkarbonat. (adeh! ttiba teringat peristiwa kat kelantan ) haha, "bang nak air berkarbonat ada?" adui~ memalukan kerana menjadi begitu pelik dan skema dgn bertanyakan soalan sebegitu. haihh~ Sudah2. sekarang nak cerita pasal aktiviti kegemaran pula . . . ni la aktiviti yang palingggg di gemari. Kalau dulu masa cuti sem, tidur smpai 16 jam kottt. Gila tak gila lembab jugak la jadinyaa. hukhuk~ Sekarang paling2 dApat pun 12 jam jea. tapi tuh la aktiviti yang saya paling suka. kalau lapar, tak mkn, saya tidur jeaaaa :) Selain tuh, saya suka bergamba. Lihat saya gamba2 di FB, tak tgk lagi kat laptop, pc, handphone segala. Lepas ni nk beli camera idaman, bertambah2 lahh kau koleksi kan. Pastu suka bergelak ketawa bersama2 rakan , si dia n family :) aww~cho cuwett . haha.


Okayh la. smbung lagi cerita di entri lain, sekarang saya harus bersiap ke Mid Valley. Ada orientasi pekerja2 baru . Sibuk nk berorientasi bagai. Tak faham betul. By the way , ni ada koleksi gmba masa muda remaja sehingga sekarang :) Tak la banyak mana, akan di korek2 dan di letak di entri masa akan dtg yea, gamba siapa? Mesti la gmba saya, da entri saya. Ngenggg~See ya!

Terima kasih


Yang comel dan mengada,
Mira the mirror. eheks.


Friday, November 12, 2010

Diri saya Part 1

Eyooo!~
Hai awak-awak semua. Baru je tadi saya post entri. Tetiba nak post lagi?? Aktif betul berblog di bulan November ni yea nokk. Mana tak nya, takud lepas ni tak ter-post post entri macam mana? Kenapa berkata begitu? haa, sebab saya akan start bekerja next week! So, takud la busy kan. Di mana? Nanti-nanti lah baru cerita yea. Eh, da abes belajar ke? *kedengaran suara2 halus berkata* err, untuk 1st degree ni sudah. Tapi, saya akan smbung lagi blaja dalam next year munken. so sementara itu, mari bekerja! Duduk rumah , tido, makan jea keje bosan tau! Duit pun xdapat. hehe. Sudah2. Entri kali ni, saya nk cerita sedikit tentang diri saya :) Yea, bagi yang da mengenali tuh, bagus la, tapi munken tidak semua anda tahu tentang saya kan? Nak-nak yang xreti-reti nak memahami diri ini. Waahh~ :P Hahaha, pada yang x mengenali, pastu sebuk buat2 kenal mengata sume, hentikan lah. mehh saya cite sikit sebanyak tentang diri saya mehhh. :)

Nama saya Izzatul Amirah bt Ahmad Mazlan. Panggil je Mira yea. Amirah pun boleh. Izzatul? hmm, jarang sungguh org nak panggil saya dgn nama Izzatul. Tapi, ikut suka la. Asal nama saya, saya sahut jea cabaran anda *tiba-tiba*


Haha. Okayh, pada tahun ini, 2010 saya berumur 23 tahun yea. Memang la nampak muda, tapi betul, umur saya 23 tahun. buat apa nk tipu. Haha. perasan kau. Kadang2 jea nampak muda. bila x make-up. Bila make-up, matang sekali rupa ku. Okayh, saya lahir pada 7 februari 1987. Da tahu birthday ni, jangan lupa sediakan hadiah. HARUS! ngeh3~ So, saya berbintang Aquarius. Macam lah cool kan? tapiii? tidak la cool mana. HOT adalah. Woi, bukan HOT macam Jessica Alba ke apa. Kau orang ni, asal ayat macam memuji diri jea kau org tido. sampai hati. Maksud saya di sini macam hot-tempered la. ada FAHAM? haaaaaa, x caya? tengokk! ada yang x pernah kena marah tuh, kata la mcm x caya kann. Cuba tanya sapa2 yang pernah kena marah. Nak-nak si Sofia tuh. Kata orang panas baran lah bagai. Mana ada okai. Marah bersebab tauuuu. You ingat I xde keje nak marahhh jea memanjang? Betul tak Faisal?? Ngeh3~ Saya ni duduk di Kuala Lumpur. Kalau org2 muda cakap apa? Key-Ell? Mengada lah. KL sudah. Dari kecik hingga sekarang memang KL sahaja memanjang. Keluarga atuk belah umi kat area Selangor, yang belah ayah kat KL sahaja. Kalau raya, dulu2 jea ada balik kampung. Tuh pun Selangor dekat sangat. sekangkang kera orang kata kann. Sekarang, bila atuk da meninggal belah umi tuh, memang jarang sangat2 la menghala ke Selangor tuh. Raya pun kat KL . Dekat sangat rumah nenek *saya panggil nenek KL ni mak* dengan rumah saya. Macam jalan kaki 5-10minit boleh smpai da kot. Walaupun begitu, x kuasa i nak jalan kaki. Haha. Naik kereta walaubagaimana pun, melainkan terdesak. Haaaa, nampak tak? nampak x di situ ada perangai malas nak exercise? Nampak kan? Dah tahu kan saya bagaimana? haha. tuh la. saya bagi tahu cara tersirat. Harus lah teliti :D

duLu saya sekolah tadika Al-Ansar kat Taman Permata tuh. Pastu sekolah rendah dekat SK Taman Permata dari darjah 1 sampai darjah 5 sekerat. Boleh x sampai darjah 5 sekerat jea? haa, faham-faham laa yea. saya ni org susah. xmampu nak sambung pengajian lagi. nak nak time tuh ekonomi negara kita tengah jatuh. tahun 1998 kalau x silap saya. haihh. anda di tipu . hahaha. tengok! nampak tak? nampak tak? saya tak sampai hati nak tipu, mesti lambat laun nak bagitahu juga saya tipuu. hahah, ye lahhh tuh kan. okayh, lepas tuh... masa darjah 5 sekerat tuh, saya pindah sekolah sebab ada masalah disiplin. saya ni nakal orangnya. suka baling-baling kapur kat cikgu masa dalam kelas. suka buang sampah merata-rata. tuh yang sampai kena pindah sekolah tuh. Percaya tak? Percaya ke tak niiii? haaa, kena tipu lagi! Saya pindah sebab pindah rumah masa tuh. Saya smbung sekolah kat SK AU Keramat. Sampai la abes darjah 6 sume kannn. Masa sekolah dulu saya selalu datang lambat. Nak-nak masa darjah 6 tuh sekolah pagi. Pastu masa tuh pindah rumah lagi kat Taman Permata, nak ke AU Keramat memang jauh la kan. tapi x la jauh mana. cumaaaaa... saya jenis susa nak mangun pagi, nGeh3~ so, selalu sangat la datang lambat.

Then, sekolah menengah pulaaa. Sepatutnya la kan, saya sekolah kat SMK Tun Hussein Onn kat Jelatek tuhh. Mak aihhh,jauhhh okayh dari rumah. xkan nak peristiwa sekolah rendah selalu datang lambat berulanggg? So, seminggu je la sekolah kat situ, pastu pindah g SMK Wangsa Melawati. Dulu kaler pink tepi highway tuhh. Sekarang da tukar warna, xbest betul. Dah xde da identiti sekolah pink. even i x suka pun kaler pink, tapiii sekolahh i cantik kaler pink tawww! Saya sekolah SMKWM ni dari form 1 sampai la form 5. Masa sekolah menengah ni, memang tidak berpeluang nak datang lambat sebab jadi pengawas. pernah la sekali dua datang lambat, tapi bukan sengaja punnn. Better late than never kan? Pandai la kau. Nak selit gamba masa sekolah dulu banyakkk. tapi kena scan dulu. Memang sangat lah malas yea adik2. Pastu, masa sekolah pagi, hooooooi, rumah sgt dekat dgn sekolah. Tak la sedekat depan rumah or belakang rumah ke apa, tapi dulu masa form 4 sampai form 5, g sekolah naek van pak cik tuh. memang saya dan beberapa rakan yang naik van tuh la orang pertama sampai! orang pertama yang jejak kat sekolah tuh pagi2 buta. memang berkaliber la mak kata ni nokkk. Masa balik sekolah pula, mak laaaaa orang terakhir balik okayh! Kalau sesi pagi abes kul 1:40pm, van tuh datang kul 2:30pm. menyirap i tauuuu. Xpe la, dulu xde pk menyirap ke apa. tapi, memang penat la. dengan nak tuiyion bagai. ada sekali tuh dlm kelas tuition i tido baikkkk punya! dah la duduk barisan depan, time tuh subject Chemistry okayh. Cikgu dia pula mengajar memang la okayhh, cuma terlalu manja sangat cikgu tuh. I pun macam orang mengantuk di dodoikan lahh. tak tahu dia sedar ke tak i tido :P yang pasti i terkejut bila dia tanya soalan kat kelas.

haih~ memang kenangan lahh semua tuh. Teringat lagi masa form 2. Meskipun saya pengawas, dah pulak tuh kelas 2 Bestari kelas budak2 Bestari kononnya *yang lain bestari la, saya jea sesat* Saya dan rakan-rakan pengganas pengawas yang lain amat nakal. Dengan Sarah, Rohaillah and Kee Aun. Memang masa cikgu tak da, keluar la tanduk , segala. Masa akhir tahun, biasa lah kan kanak2 riang seperti kami. orang main baling-baling tepung, kau pun nak merasa. Tak padan dengan pengawas okay. So, Sarah dan Kee Aun sebagai org yang supply tepung, kami bermain-main tepung di dalam kelas. baling sana-sini. Tak sangka okayh, munken ada pelajar yang jeles x pun yang berdendam dengan kami si pengawas ni , report kat pejabat. Lalu, bergema la sekolah dengan pengumuman "SEMUA PELAJAR 2 BESTARI, SILA KE PEJABAT SEKARANG!" masa tuh da petang2 sgt masa terakhir nk balik dah. pelajar2 lain kena beratur kat dewan terbuka untuk tahu kelas tahun depan kan. Jadi kami sekonyong-konyong bergerak ke pejabat. MALU? jangan cakap la. selalu nama2 budak nakal je kena panggil, ni siap nama kelas kau! Sian cikgu kelas kami . Sape ntah saya x ingat. hukhuk~. Masa kat pejabat tuh Pn.Sabariah dah siap pegang rotan. Mengerikan okayh. Pastu, KEE AUN seperti sudah tahu mengapa kami di panggil bersuara "Cikgu, bukan semua terlibat. Mereka yang lain tidak bersalah" (lebih kurang macam tuh la kan ayt dia.) Demi membela nasib yang tidak bersalah, Kee Aun bg tahu awal-awal. So, cikgu lepas kan la sape yang x bersalah tuh. Tragisnya. yang tinggal Kee Aun, dan 3 org pengawas iaitu saya, Sarah dan Rohaillah. Faham2 la yea korang apa yang terjadi bila da siap rotan di tangan cikgu.


Saya di pecat dari menjadi pengawas?? Oh tidak! Saya memang nk letak jawatan memandangkan tahun depannya nk PMR, namun EN.ROSLI x bagi lah pulaa kan . So, jadi jeaaa la pengawas sehingga abes sekolah. Masa form 3 punnn, org sibuk2 study, still lagi perangai nakal2 manja tuh ada taw. Buang kertas dlm beg kawan la. Buat nota, tampal kat belakang org la. macam lahhh. Haiiii~ nostalgia. Rendu sungguh!

Kenakalan saya sebagai pengawas tidak habis di situ. Masa form 4 n form 5 ada kenalan Syafiq dan Wan menjadi mangsa April Fool saya. Eh, saya bukan nakal seperti ponteng sekolah, merokok , melawan cikgu ke apa tau. ni nakal2 di kalangan rakan2 jea. Heheh.~ Boyfriend saya Faisal yang sekarang ni pun dulu pernah di buli oleh saya. :D Saya kurang ingat sgt, tapi Faisal asyik ckp jea dulu saya selalu buli dia. Nampak sgt mcm2 benda / banyak org da saya buli sampai x ingat dah kannn.

So, ni part 1 tentang saya. banyak lagi nii nak cerita. Nantikan part 2.Sekarang nak mandi dan bersiap untuk mengaji :)




p/s: kenangan paling seronok adalah masa sekolah. Kalau boleh kembali ke masa dulu, saya nk kembali ke sekolah rendah masa darjah 6 supaya boleh terus kembali ke sekolah menengah balik :D hehe.

Cinta. comel. cantik!

Assalamualaikum.

Hi.

Yellow!

Blue.

Green!

Purple!~

Grey.

EH, jup. asal tetiba semua warna kau nak sebut? "mana ada semua, jangan la propa" haha. memang la tak semua. tapi banyak la kan. sudah. . sudah . . usah kau berdrama di sini. Apa yang cinta . comel dan cantik tuh? haha. Saya. eh, jangan perasan. saya tidak abes cakap. tapi sudah ada yang menyampuk. Bukan saya. ayat yang penuh adalah . saya amat lah cinta terhadap benda yang comel dan cantik! Siapa yang tidak? Tentu anda juga kan? Hmm, teringat lagi dulu masa mula2 main facebook, haaaa ada application tuh nama dia humanpets. ala, mcm saja2 la kan. siap ada shop jual something like ucapan gitu untuk humanpet kita. pastu dari situ, dapat banyak points . Dulu masa buka shop tuh, bagai nak rak la cari kat internet mana2 yang ada comment2 yang cute, icon yang comel bagai. Ye la, kalau nk bagi laku, kena la jual something yang cantik dan bersesuaian kan? So, sekarang bila dah tak main application tuh, dah jarang cari comment2 yang comel. gamba2 yang cute the miut. Jadi, rasanya nak mula balik la guna benda2 comel tuh kat belog. Ni yang nak try test cuba tengok ni. hehe.







jadi x? hehe. testing jea nih. ngeh3~



p/s: lepas ni, mengadap jea la kau gamba comel2 .

Wednesday, November 10, 2010

Kulit kering dan kusam

hey hey hey.

entri kali ini saya ingin sekali berkongsi sesuatu bersama teman2 semua. eh, macam selama ni x berkongsi ke? haha. okai, kali ni saya nak cerita tentang sesuatu produk yang dalam banyak2 produk yang saya pernah try, ni palingggg berkesan. produk apa? haaa. jup yea, korang jangan sangka saya nk berniaga pula pasal produk2 ni. bukan okai. just nak share jea. :) saya dulu mempunyai masalah kulit muka yang kering? mengapa? kerana saya kurang minum air, banyak berjemur dekat matahari dan menggunakan produk pencuci muka yang x seswai okayh. penat juga la mencari produk2 yang seswai, dari satu produk ke satu produk saya cuba.


saya kurang mengalami masalah jerawat kerana kulit saya tidak berminyak tapi kering. tapi, biasa la, jerawat tuh datang masa2 stress jea. bila nak exam, bila period hormon x stabil. haa, time tuh la jerawat muncul. naseb dia jerawat jenis yang datang dan pergi, bukan jenis yang datang x reti nak pergi. kalau x, masalah bertambah :D jadi, seperti yang di nyatakan tadi, kulit saya kering. kering sehingga mengelupas, buruk sangat rupanya bila melihat pengelupasan tuh. tidak suka! nak nak bila letak bedak kat muka. memang ketara gila okai.



Hmm..



mengapa kulit kita kering?

- kena panahan cahaya matahari.
-merokok
-penyaman udara
-pengambilan alcohol
-diet yg tidak seimbang
-menaiki pesawat (udara dlm cabin kering)
-kurang minum air masak




penyelesaian

-pakai la krim pelindung yang mengandungi vitamin A,C n E
-berhenti la merokok. xde faedahnya punn. banyak sgt keburukkannya.
-pakai losen melembab okayh bila rasa2 nk ke tempat banyak penghawa dingin macam kat pejabat ke apa.
-xperlu la kot nak menum2 arak segala. rosak hati, otak dan sebagainya.
-makan diet seimbang.
-menum air sebelum, semasa dan selepas menaiki kapal terbang
-banyak kan la menum air 1 hari sekurang2 nya 8 gelas sehari. Air masak taw, bukan air coke ke, kopi ke , apa ke. kena air masak!!



Yang saya ni, tahu segala tapi.. Malas. Sebab tuh la kulit kering jea. Kulit kering ni boleh menyebabkan kedutan, so nanti nampak tua dari usia. nak ke??? xnak kan?? so, saya harus rajin menjaga kulit. elok da xde jerawat, xkan nak berkedut? nanti mcm perempuan usia 50an pula, sedangkan kau baru 23 tahun -___-' kalau nak menum air tuh, saya mmg la malas sekali. saya menum ketika perlu sahaja. Tapi mmg boleh la dlm 1 hari, 1 botol besar saya abes kan. Lotion pula, kadang2 jea sapu bila rasa nak memanjakan diri. sebab tuh 1 botol tuh tahan lama. sebab dalam masa 1 minggu, x tentu saya akan pakai lotion. lagi pun tuh lotion badan, sekarang ni saya sedang bercerita tentang kulit muka eh. amira, sila jgn merepek. baik!





okayh, sekarang kulit saya sudah tidak kering seperti dahulu. Apa rahsianya? Saya menggunakan Garnier! Tak percaya? Ukur la sendiri. haha. serious tau, sejak menggunakan Garnier Aqua defense, kulit kering sekitar kening dan tepi2 hidung kini tidak lagi kering. tiba2 saya rasa wajah saya sangat lembab. macam lembut seperti kulit bayi. Haha. Melampau kan. Tapi betul taw, da xde mengelupas lagi da. Suka sangat produk ni. So, buat masa ni rasanya tidak ingin menukar product lain :) Jadi sesiapa yang ada masalah kulit kering, cuba la GARNIER Aqua Defense eyhh. :) Nak tahu lebih lanjut tentang product ni, g google! Jangan malas2 .



Sekian Terima Kasih.






p/s: nnti da dewasa nak guna SK II bagi kulit mcm org muda. Sekarang muda lagi, nak2 masih belajar . memang tak la nyahhh. Lain la kalau ada org nak support. Hahaha

Kereta vs. Girlfriend

Waaah~ topic. nak kata hangat, HANGAT KE? ke, suam2 kuku jea? haaa, pasti ramai sangat gadis2 di luar sana yang mempunyai boyfriend (yang special eh bukan boyfriend biasa2.) berkereta selalu merasakan bahawa boyfriend mereka lebih sayangkan kereta dari diri mereka (si gadis) betul ke? hmm, mengapa itu terjadi? saya pun tak dapat nak menjawab soalan itu. Saya secara jujurnya pernah bertanya secara terus terang kepada boyfriend saya si Faisal ni. Masa dia dengan kereta pertama dia Honda Civic (Cici) dulu la kan, saya tengok huihhhh~ sayanggggg sangat dia kat kereta tuh. Mana tak nya, hantar g cuci macam paling2 tidak 2 kali sebulan. cuci kereta tuh bukan kat mamak yang rm10 jea kau tahu? nakkk yang smpai sekali cuci, amik kau bayar rm60++ best ke? heh. Selain tuh, setiap kali lepas dating ke apa, dia mesti rajin membelek2 kereta dia. macam pantang ada habuk sikit, pasti dia gelabah lalu membersihkan kereta. Saya lahh yang selalu menyepahkan kereta dia. haha. dengan kasutnya, bukunya :P mujur dia tidak marah. haha. Di situ da terbukti dia lebih sayangkan saya berbanding si Cici tuh :) Sorry Cici , awak nombor 2 yea. Walaupun begitu, saya jeles sangat dengan Cici, sebab Cici seolah-olah mendapat perhatian yang lebih dari Faisal. Yelah, Faisal sangat alert/prihatin bila keretanya perlu di service . Macam xtahu la nak buat ayat macam mana, tapi saya pasti korang msti faham.


Hmm, banyak pula melalut ni, okay, berbalik kepada soalan yang saya tanya kepada Faisal tadi ;


Saya : Sayang, betul ke macam lelaki yang ada gf dan kereta, diorang lebih sayang kereta diorang dari gf diorang?

Faisal : yeke? hmm, xtahu la. orang tak.

(ececehh~ siap mengaku diri dia x lagi kauu.awal2 da jawab sebelum saya sempat bertanya)

Saya : Ye ke sayang ni x?

Faisal : yeaaa. orang lebih sayang kan sayang dari Cici.

Saya : eleleyh, ye lah tuh. jaga hati org jeaaa ni kann?

Faisal : x lah, betol la. Cici nombo 2.

Saya : kalau macam tu, katakan kalau org bawak Cici, pastu terlanggar tiang ke apa kan, apa yang sayang buatt? (saja tnya soalan mencabar, nak uji beliau sikit)

Faisal : Orang tanya la, sayang okay x? pastu baru org g tengok kereta.


*uihh, jwpn kau nak selamat jea*


Saya : haha, ye lahhh tuh. macam sukar nak percaya jea. bukan ke macam lelaki cukup marah kalau kereta dia tercalar. macam mesti sayang dah risau Cici da calar, tuh pun sebab org. bukan sayang sendiri yang buat.

Faisal : Mana ada laaa, org lebih pentingkan sayang dari kereta.





Yes, itu terbukti. :) mengapa? tidak perlulah saya cerita dengan lebih lanjut. Rahsia . hehe.






Semenjak Cici hilang diculik, huhu~ saya turut merasa kesedihan yang dialami Faisal meskipun Cici adalah madu saya. Rasanya saya yang terlebih sedih kot berbanding dia. Maklum la, saya ni kuat sangat emotional. Saya rasa menyesal sebab pernah cemburu dgn Cici. Saya rendu Cici. Huhu~ sekarang Faisal dah cari pengganti Cici, nama dia masih belum di beri. Sekali lagi saya jeles dengan pengganti Cici ni. Macam saya jeles dengan Cici dulu. Tapi, ini hal lain. Mana taknya, Faisal seorang yang malas membaca, sanggup okay membaca manual kereta tu untuk memahami fungsi2 kereta tuh punya apa kebenda ntah. Siap buka forum kat internet, semata-mata untuk memahami tentang pengganti Cici. ni. Okay, sangat jeles! Setelah 2 tahun lebih saya berpacaran dengan Faisal, bila ada ketika saya emosi, merajuk , Faisal tidak pernah memujuk , dia pula turut merajuk. Kalau aku merajuk, kau pun merajuk, sape nak pujuk? Haa, Lu Pikir La Sendiri. Bila di tanya kenapa tidak pernah memujuk, katanya "Tidak reti . Tidak berpengalaman " Mengapa? maklumlah saya adalah girlfriend pertama yang dia pernah ada dan terakhir insyaAllah. Okayh, alasan boleh di terima. tapi...


Bukan ke da 2 tahun berpacaran? Tak kan x belajar langsung mcm mana nk memujuk? Eh, saya pun tidak pernah nak memujuk beliau ketika beliau merajuk.. Nak2 lagi, kata dulu banyak boyfriend? gagaga. xkan xde pengalaman memujuk?


Haa, dulu boyfriend x serious. kalau gaduh, apa lagi break la. xde masa nak memujuk okayh. Seriously, dulu paling lama bertahan 3 bulan macam tuh. Then ni tetiba da 2 tahun 4 bulan 1 hari. (rujuk daisypath kat bawah nunn :P) Tak ke lama? terkejut dan x sangka kan? Saya berharap berkekalan ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat la yeaa. Aminn. So, sebab tuh saya pun x reti memujuk. Tapii....

Sebenarnya saya reti jea. macam2 idea saya nak buat utk memujuk si dia bila dia merajuk. Malangnya ego menguasai diri :) Disebabkan dia tidak pernah memujuk, maka saya tidak akan sesekali memujuk beliau. Bila dia da reti memujuk nanti barulah saya menggunakan taktik memujuk tuh ke dia. So, apa motifnya jeles kat pengganti Cici tuh? Haaaa. pointnya di sini, mengapa demi memahami si pengganti Cici yang kacak tuh. yang pemenang sangat tuh. apa? Best Man Win? Ha, mengapa demi si Best Man Win ni, Faisal sanggup google, baca manual, siap bukak forum bagai? Kenapa untuk memahami dan mencari tahu bagaimana memujuk girlfriend yang merajuk, dia x boleh google? kan? Tadi saya da tanya da soalan tuh kat dia. Dia cakap, "mana la org tahu boleh cari kat internet.okay, selepas ni orang cari eh" heh, harap2 betul la yea cari . cari la supaya slepas ni i xbanyak makan hati lagi.. haha. Saya suka baca magazine. Dari cosmopolitan, ke female hingga la ke women's weekly. maka, saya bnyak mengetahui serba sedikit tentang lelaki melalui magazine. tapiiii... ada tapinya lagi. Bila apa yang saya katakan kat Faisal tentang apa yang magazine tuh cakap, dia pasti membangkang. contohnya situasi macam ni;



saya hendak membeli kasut, pastu da jumpa kasut yang saya suka, tapi dalam hati merasa ragu2 takut x sesuai dgn saya, maka saya pun berkata ;

Saya : Sayang, cantik x kalau orang pakai?

Faisal : Cantik!

(cantik sesaja, susah nak dengar perkataan tak! atau paling2 pun, tak berapa)

Saya : Betul ke ni? Macam bukan setakat nak ambik hati jea?

Faisal : BUat apa nak amik hati, hati sayang kan memang dah kat org

(dia memang suka loyar buruk sangat! )

Saya : Cepatlah, serious. dalam magazine cakap kan, lelaki mcm selalu puji perempuan sbb nak jaga hati dia jea. Mcm kalau x berapa cantik pun dia akan cakap cantik.

Faisal : Serious la ni. Betul cantik. Nak percaya cakap org ke cakap magazine?

Saya : Magazine . :D Sebab dia da buat survey, lelaki memang mcm tuh.

Faisal : Kalau macam tuh nanti orang nak jadi editor magazine. Biar apa org tulis, sayang percaya.

Saya : -___-' (speechless)

So, kadang2 saya tidak tahu nak percaya ke x magazine tuh. Saya cuma rasa saya memahami Faisal dari segi pemakanan jea. Haha. Hal2 lain masih perlu banyak belajar. (eh sayang eh :P , jangan marah :D )


Jadi kesimpulan di sini , siapa menang anda rasa wahai kaum2 gadis, anda atau kereta boyfriend anda?







eh, ini kereta idaman! :)





sekian, terima kasih.

p/s: saya suka volkswagen beetle . memang idaman kalbu la. nak kaler baby blue! :D nombo plate 7287 :) auu~ xsabar mahu sambung study dan habis dan berkerja lalu memiliki kereta tersebut. comel!

Thursday, November 4, 2010

Perempuan

Perempuan, gadis, wanita, betina, ladies , women. panggil lah apa pun, jantina yang menunjukkan bahawa seseorang itu adalah female dia haruslah memiliki vagina, breast . heh, ni aset perempuan yang membezakan lelaki dan perempuan la kan. kalau kau ada penis, tuh kau lelaki. so entri kali ni adalah berkenaan perempuan. Yea, saya tahu, ada jea "lelaki" yang ada vagina. itu kerana dia khunsa atau dia g ubah jantina dia. lantak pi la. ni tentang perempuan yang memang "di ciptakan seorang insannn~ " ala-ala lagu siti. ha, kau. lagu siti terusss.

Okayh, sebelum ni saya ada cerita tentang lelaki kan, now nak juga la cerita pasal perempuan. mcm berat sebelah pula cerita pasal laki, tp not about girls, ladies or whatever yang seangkatan dengannya. Jadi, dengan emosi,perasaan saya ketika ini lebih bagus jika kita mulakan sahaja cerita tentang perempuan ini :) jika tidak, lemau jadinya.

Perempuan jenis apakah yang saya sebuk sekali ingin ceritakan di sini? Obviously la tentang perempuan yang x baik. aku nak cerita pasal org baik-baik buat apa? kesian sahaja pula mereka. yang x baik ni, haihhh, munken mmg patut di kecam oleh saya :) yea, saya tahu sekali tidak haruslah saya mengutuk org kerana ianya berdosa, namun ini adalah luahan rasa hati saya yang membuak2 apabila mendapat tahu tentang terdapatnya jenis perempuan ini di buka bumi ini. Dunia nak akhir zaman agaknya. Hint : adakah trend yang malatopssss kalau kau perempuan bercinta dengan suami orang? hebatkah rasanya apabila kau dapat merosakkan kebahagiaan rumah tangga org lain atas alasan semuanya jodoh atau takdir, jika dari awal telah kau perempuan mengetahui bahawa lelaki itu adalah suami orang yang mempunyai anak?


Jadi dapat x hint cerita apa yang saya ingin katakan di sini? haihhhhhhhh...~ tidak kisah lah jika kau perempuan muda yang soSIAL mempunyai sugar daddy untuk menampung hidup kau. ini munken kerana engkau tidak matang lagi dan tidak memahami bagaimana perasaan sang isteri apabila mendapat tahu bahawa suaminya ada perempuan simpanan. namun, fikirkan sejenak jika perempuan itu adalah wanita pertengahan umur. oops, i dont think wanita seswai for this type of perempuan memandangkan apa yang dia telah lakukan. wanita sounds like perempuan yang baik2 kan? but for "her" i bet she is NOT. she is just a perempuan yang berselindung di sebalik konon2 kealimanan eh kealiman. haaa, siap nak kuar nama atuk saya manan tuh napa? hahahahahah~ adoi, sorry atuk :P hmm, okayh bersambung. perempuan ini berselindung di sebalik ke aliman, ke tudung an, ke tua an. masyaAllah. i am sooooo sooooo hate this type of person. ni bukan soSIAL lagi da. malah TERLALU soSIAL. haih, maaf jika terkasar bahasa. saya hanya lah manusia biasa yang suka bercakap kasar kalau sedang marah. Normal kan? kenapa saya terlalu amarah? perkara ini tejadi pada diri saya ke? choiiiii~ saya belum bersuami. hahahahaha. dan jangan yea terjadi suatu hari nanti kerana saya insyaAllah bakal menjadi surgeon, maka dengan senang saya tidak takut untuk memotong alat sulitnya sehingga x ada langsung! :D kejam x? hehe, okayh jadi kenapa amarah sgt ni amirah? amarah amirah amarah amirah. eh, asal dkt2 jea bunyi dia -____-' haha. sila bertenang boleh? ohh, mmg saya emosi bila tahu cerita2 begini. lagi punnnnn, hormon x stabil ketika ni. faham2 la eh PMS :) aduh.. sudah2 mari bersambung cerita.

perempuan apakah yang umurnya sudah agak pertengahan, mempunyai anak yang sudah besar, sudah mempunyai cucu punnn melakukan hubungan dengan suami org? okayh, saya xnk comment pasal suami org tuh sbb saya da pnh cerita psl lelaki. now nak cerita pasal perempuan jea :) hmm, pasti anda tertanya2 apakah perempuan tuh xde suami. yea, munken dia adalah janda rasanya. hmm. tapi kalau yea pun kau janda, kau x boleh sesuka hati nak bercinta dengan laki org kot! tambahan pula kau org tuaaaaa! tolong la, xfaham ke perasaan wanita, bila dpt tahu suaminya ada hubungan dgn wanita lain? yang lebih tua dari umurnya lagi. bapakkkkk lahhhh. mengapa ini terjadi? adakah bomoh terlibat? haaa, syirik2! >.< haihhhh~ saya tak nak memburukkan sesiapa. tapi ntah la. mmg perangai g mereka lakukan tuh buruk kot. adoi. sudah la, sekarang nak bersedia mencari tmpat penginapan utk saya bercuti bersama teman2 lagi bagus. rasa lega lps dapat luahkan segala di sini. terima kasih blogggg! :)

ada pepatah mengatakan bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi. memang pun, melainkan kau tepuk kat dinding baru ada bunyi kan? hahahah.


actually ada 2 blog tergendala.

1. pasal ngedate hari tuh.
2. pasal produk pencuci muka.

heheh~ nanti2 saya post 2 entri ni yeaaa :)



ps: dunia oh dunia. jauhkan lah saya dari terjatuh cinta dgn suami org. apa yang pasti faisal belum berkahwin :) hehe.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers