Thursday, November 25, 2010

Diri saya Part 2.

Hai, bertemu lagi kite yea?! Dalam episode sebelum ini ... (waah~ ala-ala drama u ols, siap nak review balik apa yg ada dlm part 1) saya menceritakan tentang biodata diri sikit-sikit dan latar belakang sekolah. Jadi, dalam part 2 ni nak smbung la kan apa yang patutt :D Hmm, mari lah bersambung cerita tentang saya tanpa membuang masa. Sebab da lama sangat ni tak update, so tanpa membuang masa lagi. Ayuh!


Lepas abis SPM, sementara nak tunggu result keluar tuh ramai sgt kawan2 kerja part time di mana2. Yang saya ni nak bekerja, tapi xreti. manja sangat! Pastu akibat kebosanan kat rumah, saya pun kata la nak belajar. Lalu amik la short course kat PTPL KL CENTRAL tuh. Belajar communication skill dengan Computer. Masa zaman saya dulu, haih, IT? memang buta sangat! Kat sekolah ada kelas computer, tapi, ponteng sesajaaaa. Malas okayh. Kalau kat rumah tuh ada computer, yang saya reti buka paint, lukis2. saya mmg minat sangat melukis-lukis nih. Setiap tahun, kat kelas tuh, walaupun da ada jawatan pengawas, tetap di lantik jadi ketua keceriaan kelas okayh. Memang menang la setiap minggu. ecehh~ x juga. berebut award dgn kelas lain juga. Tapi, kerap juga la menang. dengan bercampur tangan dengan kawan2 yang lain yang kreatif, memang meletop la gabungan kami. mcm stacy dan adam. So, berbalik pada cerita tadi. haa, nampak x di situ org lain sibuk bekerja, saya sibuk nak pergi belajar? Nampak tak sifat kerajinan saya tuh? *RAJIN lah sangat kan* haha. Lepas result SPM kuar, UPU kuar , matriks juga keluar. Saya terus smbung pengajian di IPTS. Kenapa? Xdapat ke UPU? Dapat tuh dapat, tapi ada ke patut dapat course yang saya memang x minat sangat? Macam course yang entah aku xpenah apply punnn. Masa tuh saya nak sangat jadi ahli forensic. Siasat2 kes bunuh, bedah mayat segala. Dah masa sekolah amik aliran sains, saya x minat nk sambung aliran lain selain sains. Nak nak masa yang terluang selalu tgk tv, cite CSI lahhh memanjang. So dengan pengaruh yang kuat CSI tuh saya tertarik nak jadi ahli forensic.Maka, IPTS jea la tempat saya mengadu domba. Course forensic masa tuh saya survey3 ada kat KDU College. Memang tidak lah akan saya belajar di sana. Tempat itu membuatkan saya rendah diri dengan yuran yang mak aih . Jadi, tidak tahu mengapa, saya terus berurusan dengan PTPL juga. Sbb sblm tuh da amik short course kat sana, ingat nak amik Diploma Medical Lab. Tapi, bila nak g register kat PTPL tuh, boleh x dia cadangkan amik Medical Science? Foundation la tapi. 1 tahun jea. Katanya, mudah. Tidak membazir masa la bagai sebab abis 1 tahun boleh sambung degree. Boleh jadi doctor juga katanya. katanya laaaaa kan. So, saya amik Foundation in Medical Science dan sambung Bachelor in Medical Science. Memang tidak lah membazir masa. Tipu ! Huhu~ Masa saya telah terbazir sejak smbung Bachelor lagi. Sudah la masa itu course Bachelor in Medical Science (BMS) ni tak di iktiraf. so setahun masa start tuh, memang belajar subject yang entah apa-apa. Tapi, dengan kegigihan saya. Nampak tak? Nampak tak kegigihan saya? Haaaa, dengan kegigihan saya, sambung je terus sampai tahun terakhir, baru lahhhhh nak ada pengikhtirafan dari MQA. Mungkin takdir saya kan untuk terus belajar di MSU. What to do . Kalau saya dan kawan2 tak belajar kat situ, siapa lagi yang nak belajar kat situ? Kan?Adik2 junior patut bersyukur sebab kami yang 1st batch ni membuatkan adik2 junior belajar dgn adanya kelulusan MQA. eh, ye ke? bantai saja :P Haha, lepas ni pun smbg lagi MBBS kat MSU, nampak tak kat situ betapa panjangnya jodoh saya dengan MSU? Doakan kebahagian kami yeaaa.


Jadi sementara nak tunggu smbung belajar next intake tahun depan, saya telah mencari keje . melalui rakan sepermainan masa kecil (kecil la sgt. haha) iaitu Luqman, saya dpt keje part time di Pedro, Klcc. Kedai kasut eh. saya mmg sukaaaaaaaaaa sgt kasut. Tanya lah Faisal kalau tak caya. Kalau tak caya lagi tanya mak saya, dia asek complaint jea bila saya asyik beli kasut. Tapi, kalau nak ikut kan asyik tuh, xde la sebulan sekali ke apa. jarang juga la. mcm 3 bulan tak pun 4 bulan sekali jeaa kottttt. Kalau boleh, memang nak sgt la beli sebulan sekali, tapi.. saya mmg tak bkerja tak kan nak pow duit org pula kan. hahaha. tapi, saya kerja kat pedro tuh 3 hari jeaaa. sbb saya on-call punya part-timer. bila di perlukan jeaa dia pggl. huhu~ So, disebabkan mcm bosan sgt xde keje bila tidak dipanggil, saya berhasrat (berhasrat kau) untuk mencari kerja lain, maka saya g la cari kat tmpat yang dekat dengan rumah, iaitu wangsa walk. hehe. dulu penah mintak kat celebrity fitness, tapi dia tak amik part time, so bila tghhh sgt free sementara nk tunggu smbg blaja, saya apply sekali lagi kat celebrity fitness tuh... dan alhamdullilahhhhh sgt dapat :D tidak la lagi saya kebosanan. hehe. Dann keje di situ sgt best! staff dia mmg sgt suka bantu membantu, friendly lahhh kan. Environment dia happening, siap tahu tak, first time okayh saya tgk cleaner nyanyi lagu rihanna. yang i love the way you lie? tuh. mak cik mak cik pula tuhh. gempakkk lah. hahaha. mana tak nya lagu tuhhh setiap hari di mainkan, mmg la hafal mak cik tuh kannn.comel tau cleaner tuh. Pastu semalam lepas abes work out, nak siap2 g keje, terdengar lagi mak cik cleaner tuh nyanyi lagu Simple Plan. Perghhh~ Tergamam i. Sebelum ni saya pnah juga keje kat Secret Recipe Bukit Jelutong, tapi kejap jea la. haha. Penat okay. Mengada nak keje smbil blaja la konon. Pastu penat, kelas ntah ke mana :P haihhh~ okayh, abes da part blaja dan kerja.

So sekarang masuk lahh part makanan/minuman dan aktiviti kegemaran. waaah~ macam biodata pula kan? Masa sekolah kecik2 dulu suka gila mcm buat biodata2 ni.. Siap hias cantik2 pastu bagi kawan2 , cikgu2 punn turut di minta buat biodata. Nasib tak bagi gad skolah jeaa buat jugak :P Okay, saya suka makan, tapi xde la mcm suka sangat. Ada la mAsa2nya. Kalau dalam sebulan tuh, ada masa2 yang jin dtg duduk dlm badan, keje nak makan jeaaa. padahal baru sejam dua makan, makan lagi. Kalau makan snack ke, menda ringan2 ke takpe.. ni berat2 okayh. Nasi all the time. Siapa yang mmg kenal rapat, duduk sekali dgn saya mmg dorg tahu la. Pnah kat kelantan tuh, ishhhh .. mkn sesaja. Makanan kat sana kat sedap, murah pula tuh.. memang tak berkira2 la nak makan. Namun di sudut hati selalu jea bimbang mcm, "eh, tak pe kalau kite bru jea mkn nasi, pastu xsmpai bape jam mkn lagi " tak pun "ish, kite rasa mcm da gemuk la. pakai seluar ni mcm sendat sikit" pastu kawan2 menafikan kesendatan seluar tuh, so rasa mcm tuh sume mainan perasaan dan tanpa rasa bersalah, makan lahh lagi. Ada pula masa2 yang saya makan mmg sikit sgt. Mcm nasi setengah pinggan da kenyang.. Haa, tu kebanyakkan masa la. Nasib baik ada org tuh boleh tlg abes kan :P Siap bila bdn dia naek nak slh kan org pula. siapa kah? jeng jeng jeng. Okayh, makanan feberet saya la kan, yang sedap n pedas. Masakan my mom. (gila jawapan ni mmg comel tau.terharu umi :P) Paling suka Tom Yam kat AU4, kat area umah ni . Pastu Tom yam kat Kelantan :D Pastu sizzling kat food court KLCC. Pastu kalau makan McD, suka set Big n Tasty. Dulu suka double cheese burger, tapi org kata apa? sedangkan pantai pun berubah, apantah lagi manusia ye dakkk? Haha .Lagi, roti telu cheese, nasi kandaq .. Haih, sejak g Penang hari tuh,tak abes2 lagi rasa nk mkn nasi kandar jeaaaa memanjang.. Pastu,saya juga suka makan chocolate, chipster, and vanilla ice cream! Okayh,sudah2 mls nk kupas psl mknn ni byk2 sebab tengah lapa. so, minuman? biasanya saya suka air mineral, teh o ais limau n coke. namun sekarang xminum da coke. segan lahh nk menum coke. haha. gila. bukan , sekarang da kurang kn menum air berkarbonat. (adeh! ttiba teringat peristiwa kat kelantan ) haha, "bang nak air berkarbonat ada?" adui~ memalukan kerana menjadi begitu pelik dan skema dgn bertanyakan soalan sebegitu. haihh~ Sudah2. sekarang nak cerita pasal aktiviti kegemaran pula . . . ni la aktiviti yang palingggg di gemari. Kalau dulu masa cuti sem, tidur smpai 16 jam kottt. Gila tak gila lembab jugak la jadinyaa. hukhuk~ Sekarang paling2 dApat pun 12 jam jea. tapi tuh la aktiviti yang saya paling suka. kalau lapar, tak mkn, saya tidur jeaaaa :) Selain tuh, saya suka bergamba. Lihat saya gamba2 di FB, tak tgk lagi kat laptop, pc, handphone segala. Lepas ni nk beli camera idaman, bertambah2 lahh kau koleksi kan. Pastu suka bergelak ketawa bersama2 rakan , si dia n family :) aww~cho cuwett . haha.


Okayh la. smbung lagi cerita di entri lain, sekarang saya harus bersiap ke Mid Valley. Ada orientasi pekerja2 baru . Sibuk nk berorientasi bagai. Tak faham betul. By the way , ni ada koleksi gmba masa muda remaja sehingga sekarang :) Tak la banyak mana, akan di korek2 dan di letak di entri masa akan dtg yea, gamba siapa? Mesti la gmba saya, da entri saya. Ngenggg~See ya!

Terima kasih


Yang comel dan mengada,
Mira the mirror. eheks.


No comments:

Post a Comment

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers