Wednesday, November 10, 2010

Kereta vs. Girlfriend

Waaah~ topic. nak kata hangat, HANGAT KE? ke, suam2 kuku jea? haaa, pasti ramai sangat gadis2 di luar sana yang mempunyai boyfriend (yang special eh bukan boyfriend biasa2.) berkereta selalu merasakan bahawa boyfriend mereka lebih sayangkan kereta dari diri mereka (si gadis) betul ke? hmm, mengapa itu terjadi? saya pun tak dapat nak menjawab soalan itu. Saya secara jujurnya pernah bertanya secara terus terang kepada boyfriend saya si Faisal ni. Masa dia dengan kereta pertama dia Honda Civic (Cici) dulu la kan, saya tengok huihhhh~ sayanggggg sangat dia kat kereta tuh. Mana tak nya, hantar g cuci macam paling2 tidak 2 kali sebulan. cuci kereta tuh bukan kat mamak yang rm10 jea kau tahu? nakkk yang smpai sekali cuci, amik kau bayar rm60++ best ke? heh. Selain tuh, setiap kali lepas dating ke apa, dia mesti rajin membelek2 kereta dia. macam pantang ada habuk sikit, pasti dia gelabah lalu membersihkan kereta. Saya lahh yang selalu menyepahkan kereta dia. haha. dengan kasutnya, bukunya :P mujur dia tidak marah. haha. Di situ da terbukti dia lebih sayangkan saya berbanding si Cici tuh :) Sorry Cici , awak nombor 2 yea. Walaupun begitu, saya jeles sangat dengan Cici, sebab Cici seolah-olah mendapat perhatian yang lebih dari Faisal. Yelah, Faisal sangat alert/prihatin bila keretanya perlu di service . Macam xtahu la nak buat ayat macam mana, tapi saya pasti korang msti faham.


Hmm, banyak pula melalut ni, okay, berbalik kepada soalan yang saya tanya kepada Faisal tadi ;


Saya : Sayang, betul ke macam lelaki yang ada gf dan kereta, diorang lebih sayang kereta diorang dari gf diorang?

Faisal : yeke? hmm, xtahu la. orang tak.

(ececehh~ siap mengaku diri dia x lagi kauu.awal2 da jawab sebelum saya sempat bertanya)

Saya : Ye ke sayang ni x?

Faisal : yeaaa. orang lebih sayang kan sayang dari Cici.

Saya : eleleyh, ye lah tuh. jaga hati org jeaaa ni kann?

Faisal : x lah, betol la. Cici nombo 2.

Saya : kalau macam tu, katakan kalau org bawak Cici, pastu terlanggar tiang ke apa kan, apa yang sayang buatt? (saja tnya soalan mencabar, nak uji beliau sikit)

Faisal : Orang tanya la, sayang okay x? pastu baru org g tengok kereta.


*uihh, jwpn kau nak selamat jea*


Saya : haha, ye lahhh tuh. macam sukar nak percaya jea. bukan ke macam lelaki cukup marah kalau kereta dia tercalar. macam mesti sayang dah risau Cici da calar, tuh pun sebab org. bukan sayang sendiri yang buat.

Faisal : Mana ada laaa, org lebih pentingkan sayang dari kereta.





Yes, itu terbukti. :) mengapa? tidak perlulah saya cerita dengan lebih lanjut. Rahsia . hehe.






Semenjak Cici hilang diculik, huhu~ saya turut merasa kesedihan yang dialami Faisal meskipun Cici adalah madu saya. Rasanya saya yang terlebih sedih kot berbanding dia. Maklum la, saya ni kuat sangat emotional. Saya rasa menyesal sebab pernah cemburu dgn Cici. Saya rendu Cici. Huhu~ sekarang Faisal dah cari pengganti Cici, nama dia masih belum di beri. Sekali lagi saya jeles dengan pengganti Cici ni. Macam saya jeles dengan Cici dulu. Tapi, ini hal lain. Mana taknya, Faisal seorang yang malas membaca, sanggup okay membaca manual kereta tu untuk memahami fungsi2 kereta tuh punya apa kebenda ntah. Siap buka forum kat internet, semata-mata untuk memahami tentang pengganti Cici. ni. Okay, sangat jeles! Setelah 2 tahun lebih saya berpacaran dengan Faisal, bila ada ketika saya emosi, merajuk , Faisal tidak pernah memujuk , dia pula turut merajuk. Kalau aku merajuk, kau pun merajuk, sape nak pujuk? Haa, Lu Pikir La Sendiri. Bila di tanya kenapa tidak pernah memujuk, katanya "Tidak reti . Tidak berpengalaman " Mengapa? maklumlah saya adalah girlfriend pertama yang dia pernah ada dan terakhir insyaAllah. Okayh, alasan boleh di terima. tapi...


Bukan ke da 2 tahun berpacaran? Tak kan x belajar langsung mcm mana nk memujuk? Eh, saya pun tidak pernah nak memujuk beliau ketika beliau merajuk.. Nak2 lagi, kata dulu banyak boyfriend? gagaga. xkan xde pengalaman memujuk?


Haa, dulu boyfriend x serious. kalau gaduh, apa lagi break la. xde masa nak memujuk okayh. Seriously, dulu paling lama bertahan 3 bulan macam tuh. Then ni tetiba da 2 tahun 4 bulan 1 hari. (rujuk daisypath kat bawah nunn :P) Tak ke lama? terkejut dan x sangka kan? Saya berharap berkekalan ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat la yeaa. Aminn. So, sebab tuh saya pun x reti memujuk. Tapii....

Sebenarnya saya reti jea. macam2 idea saya nak buat utk memujuk si dia bila dia merajuk. Malangnya ego menguasai diri :) Disebabkan dia tidak pernah memujuk, maka saya tidak akan sesekali memujuk beliau. Bila dia da reti memujuk nanti barulah saya menggunakan taktik memujuk tuh ke dia. So, apa motifnya jeles kat pengganti Cici tuh? Haaaa. pointnya di sini, mengapa demi memahami si pengganti Cici yang kacak tuh. yang pemenang sangat tuh. apa? Best Man Win? Ha, mengapa demi si Best Man Win ni, Faisal sanggup google, baca manual, siap bukak forum bagai? Kenapa untuk memahami dan mencari tahu bagaimana memujuk girlfriend yang merajuk, dia x boleh google? kan? Tadi saya da tanya da soalan tuh kat dia. Dia cakap, "mana la org tahu boleh cari kat internet.okay, selepas ni orang cari eh" heh, harap2 betul la yea cari . cari la supaya slepas ni i xbanyak makan hati lagi.. haha. Saya suka baca magazine. Dari cosmopolitan, ke female hingga la ke women's weekly. maka, saya bnyak mengetahui serba sedikit tentang lelaki melalui magazine. tapiiii... ada tapinya lagi. Bila apa yang saya katakan kat Faisal tentang apa yang magazine tuh cakap, dia pasti membangkang. contohnya situasi macam ni;



saya hendak membeli kasut, pastu da jumpa kasut yang saya suka, tapi dalam hati merasa ragu2 takut x sesuai dgn saya, maka saya pun berkata ;

Saya : Sayang, cantik x kalau orang pakai?

Faisal : Cantik!

(cantik sesaja, susah nak dengar perkataan tak! atau paling2 pun, tak berapa)

Saya : Betul ke ni? Macam bukan setakat nak ambik hati jea?

Faisal : BUat apa nak amik hati, hati sayang kan memang dah kat org

(dia memang suka loyar buruk sangat! )

Saya : Cepatlah, serious. dalam magazine cakap kan, lelaki mcm selalu puji perempuan sbb nak jaga hati dia jea. Mcm kalau x berapa cantik pun dia akan cakap cantik.

Faisal : Serious la ni. Betul cantik. Nak percaya cakap org ke cakap magazine?

Saya : Magazine . :D Sebab dia da buat survey, lelaki memang mcm tuh.

Faisal : Kalau macam tuh nanti orang nak jadi editor magazine. Biar apa org tulis, sayang percaya.

Saya : -___-' (speechless)

So, kadang2 saya tidak tahu nak percaya ke x magazine tuh. Saya cuma rasa saya memahami Faisal dari segi pemakanan jea. Haha. Hal2 lain masih perlu banyak belajar. (eh sayang eh :P , jangan marah :D )


Jadi kesimpulan di sini , siapa menang anda rasa wahai kaum2 gadis, anda atau kereta boyfriend anda?







eh, ini kereta idaman! :)





sekian, terima kasih.

p/s: saya suka volkswagen beetle . memang idaman kalbu la. nak kaler baby blue! :D nombo plate 7287 :) auu~ xsabar mahu sambung study dan habis dan berkerja lalu memiliki kereta tersebut. comel!

5 comments:

  1. mira..kiter suke bace blog kamu!!sgt nice.smart n kreatif..hehehe..laki memg mcm tue...kalo kete jer..memg lebey..tp,dlm hati..mereka tetap sygkan gurl dlm hati mereka..:)

    ReplyDelete
  2. hehehe. tuh la farah. mmg dlm hati girl yang lebih dari kereta. tapi tunjuk mcm kereta lahhhh yang utama. hehe.

    ReplyDelete
  3. vw?woow...suke scirocco la tok vw ni..tp audi ttp dlm pujaan hatiku.kuikui...nk num plat 7287?ehemm..y ek

    ReplyDelete
  4. sebab tuh date of birth! 7/2/87 :D cantikkk kan? hehehe. audi? alowhh, cantik juga audi. tapi beetle comellll!~ seswai sikit dengan gadis spt saya. hahaha.

    ReplyDelete
  5. ni sume gara2 ttgok tranporter 4 punye movie..haha.. look cool for a guy.

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers