Wednesday, November 10, 2010

Kulit kering dan kusam

hey hey hey.

entri kali ini saya ingin sekali berkongsi sesuatu bersama teman2 semua. eh, macam selama ni x berkongsi ke? haha. okai, kali ni saya nak cerita tentang sesuatu produk yang dalam banyak2 produk yang saya pernah try, ni palingggg berkesan. produk apa? haaa. jup yea, korang jangan sangka saya nk berniaga pula pasal produk2 ni. bukan okai. just nak share jea. :) saya dulu mempunyai masalah kulit muka yang kering? mengapa? kerana saya kurang minum air, banyak berjemur dekat matahari dan menggunakan produk pencuci muka yang x seswai okayh. penat juga la mencari produk2 yang seswai, dari satu produk ke satu produk saya cuba.


saya kurang mengalami masalah jerawat kerana kulit saya tidak berminyak tapi kering. tapi, biasa la, jerawat tuh datang masa2 stress jea. bila nak exam, bila period hormon x stabil. haa, time tuh la jerawat muncul. naseb dia jerawat jenis yang datang dan pergi, bukan jenis yang datang x reti nak pergi. kalau x, masalah bertambah :D jadi, seperti yang di nyatakan tadi, kulit saya kering. kering sehingga mengelupas, buruk sangat rupanya bila melihat pengelupasan tuh. tidak suka! nak nak bila letak bedak kat muka. memang ketara gila okai.



Hmm..



mengapa kulit kita kering?

- kena panahan cahaya matahari.
-merokok
-penyaman udara
-pengambilan alcohol
-diet yg tidak seimbang
-menaiki pesawat (udara dlm cabin kering)
-kurang minum air masak




penyelesaian

-pakai la krim pelindung yang mengandungi vitamin A,C n E
-berhenti la merokok. xde faedahnya punn. banyak sgt keburukkannya.
-pakai losen melembab okayh bila rasa2 nk ke tempat banyak penghawa dingin macam kat pejabat ke apa.
-xperlu la kot nak menum2 arak segala. rosak hati, otak dan sebagainya.
-makan diet seimbang.
-menum air sebelum, semasa dan selepas menaiki kapal terbang
-banyak kan la menum air 1 hari sekurang2 nya 8 gelas sehari. Air masak taw, bukan air coke ke, kopi ke , apa ke. kena air masak!!



Yang saya ni, tahu segala tapi.. Malas. Sebab tuh la kulit kering jea. Kulit kering ni boleh menyebabkan kedutan, so nanti nampak tua dari usia. nak ke??? xnak kan?? so, saya harus rajin menjaga kulit. elok da xde jerawat, xkan nak berkedut? nanti mcm perempuan usia 50an pula, sedangkan kau baru 23 tahun -___-' kalau nak menum air tuh, saya mmg la malas sekali. saya menum ketika perlu sahaja. Tapi mmg boleh la dlm 1 hari, 1 botol besar saya abes kan. Lotion pula, kadang2 jea sapu bila rasa nak memanjakan diri. sebab tuh 1 botol tuh tahan lama. sebab dalam masa 1 minggu, x tentu saya akan pakai lotion. lagi pun tuh lotion badan, sekarang ni saya sedang bercerita tentang kulit muka eh. amira, sila jgn merepek. baik!





okayh, sekarang kulit saya sudah tidak kering seperti dahulu. Apa rahsianya? Saya menggunakan Garnier! Tak percaya? Ukur la sendiri. haha. serious tau, sejak menggunakan Garnier Aqua defense, kulit kering sekitar kening dan tepi2 hidung kini tidak lagi kering. tiba2 saya rasa wajah saya sangat lembab. macam lembut seperti kulit bayi. Haha. Melampau kan. Tapi betul taw, da xde mengelupas lagi da. Suka sangat produk ni. So, buat masa ni rasanya tidak ingin menukar product lain :) Jadi sesiapa yang ada masalah kulit kering, cuba la GARNIER Aqua Defense eyhh. :) Nak tahu lebih lanjut tentang product ni, g google! Jangan malas2 .



Sekian Terima Kasih.






p/s: nnti da dewasa nak guna SK II bagi kulit mcm org muda. Sekarang muda lagi, nak2 masih belajar . memang tak la nyahhh. Lain la kalau ada org nak support. Hahaha

11 comments:

  1. hye mira....entry ni mmg mbantu since kulit akk tiba2 kering di sekitar hidung. nk cuba jgak la

    ReplyDelete
  2. hehe. cuba la. Bf saya pun disebabkan dia slalu fly, kulit dia kering. Dia guna garnier yg lelaki punya . mmg berkesan jugak ^^

    ReplyDelete
  3. Kalau lelaki try guna Garnier for Men yang Aqua apa ntahh. Berkesan juga tuhh ^^ Kulit abu pun jenis yang kering ke?

    ReplyDelete
  4. xkusam mahupun kering..tp sikit minyak lah. skunk dh gune loreal n uberman.;D okey la tu. garnier ni cm kureng jek.

    ReplyDelete
  5. Oh, mungken tidak berseswaian dgn anda kot garnier tuh. I pnah guna Loreal. sgt tidak seswai juga. masih mengalami kulit kering. Kalau kulit berminyak kena jaga2 nnty tumbuh pimples >.<

    ReplyDelete
  6. pimple tanda org teringat kt kita?betul ker... dongeng sungguh..ahakz!

    ReplyDelete
  7. Abu, hmm, kulit kering selalu di kaitkan dgn kedutan2 n garis2 halus di muka. pimples tuh mcm jrg dgr . eh tak pnah dgr la pulaa. haha.

    thanks armouris :)

    ReplyDelete
  8. its work ke? MAHAL X TIGA2 PRODUCT TU? kulit muke sye btul2 dry gile, kat tepi idung, kat dagu suma dry, bile kena air je lpas kering ketara gile kulit mengelupas dier, i tngah search produck yg btul2 bole help me, sedih tgok condition muke skrg.rely desperate tuk cri product, i google2 pasl kulit muke kering then jumpe blog u,bole bg advise skit?

    ReplyDelete
  9. bole x u bgtau ape nme product yg dlm gmbr tu? yg satu tu i tahu cleasing foam, yg lagi dua tu i x tau,pliz :)

    ReplyDelete
  10. Hi diana! hmm, utk 3 mena ni dlm rm50 i rasa. i pun tak igt la bape. mcm i pakai okayh la, kulit kering mengelepas terutama kat tepi hidung , dahi n kening da tade la. u shud try . then baru u tahu seswai tak dgn u :) banyak kn menum air kosong jugak okayh! dua lagi tuh toner n moisterizer.

    ReplyDelete

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers